12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Maklum Sudah Miliki Rumah Sendiri – “Kondo Kecik Je, Cukuplah Duduk Sorang”

Kehidupan

12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Maklum Sudah Miliki Rumah Sendiri – “Kondo Kecik Je, Cukuplah Duduk Sorang”

Selepas 12 tahun menetap di rumah sewa, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming akhirnya berkongsi khabar gembira apabila bakal memiliki rumah pertama dalam masa terdekat, sekali gus mencuri perhatian ramai pengikut di media sosial.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan bahawa dia akan mengambil kunci kediaman tersebut tidak lama lagi selepas lebih sedekad menyewa.

Advertisement

“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa kediaman yang dibeli bukanlah bersaiz besar, sebaliknya hanya sebuah kondominium kecil yang sesuai dengan gaya hidupnya sebagai seorang bujang.

“Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet. Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy… parking ada dua tapak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rumah tersebut dibeli secara bayaran penuh tanpa hutang, sekali gus mencerminkan perancangan kewangan yang rapi.

Sebelum ini, usahawan muda berkenaan turut berkongsi satu lagi pencapaian apabila mengumumkan bakal membuka restoran makanan di Kuala Lumpur yang diberi nama Rembayung. Menurutnya, selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital, pembukaan restoran itu menjadi langkah baharu dalam kerjayanya, dengan bangunan dibina dari tapak kosong di kawasan Kampung Baru seluas 8,000 kaki persegi.

Perkongsian mengenai rumah pertama itu nyata mengundang reaksi positif daripada peminat yang rata-ratanya tumpang gembira dan menganggap kejayaan tersebut sebagai hasil kerja keras serta konsistensi Khairul Aming selama ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak nab kahirul aming
2025-12-24 09:53:25

"Tolong Jangan Rasa 'Entitled' Sangat" - Cubaan 'Mengejut' Pempengaruh Nak Jumpa Khairul Aming Di Rembayung Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...