“12 Sem Projek Tak Siap” – Calon PhD Rupanya Bermasalah, UM Nafi Ambil Hasil Kajian

Kehidupan

“12 Sem Projek Tak Siap” – Calon PhD Rupanya Bermasalah, UM Nafi Ambil Hasil Kajian

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai video seorang pelajar calon PhD yang telah membuat laporan polis mendakwa hasil kajian telah ‘dirampas’ oleh pihak Universiti Malaya (UM).

Difahamkan, lelaki itu mendakwa segala kajian dan hasil kerja sepanjang tempoh 2 tahun setengah telah ‘dirampas’ dan menjadi hak milik mutlak Universiti tanpa kebenarannya.

Advertisement

Susulan itu, pihak UM telah membuat satu laporan polis bagi menafikan dakwaan pelajar yang dikenali sebgai Abbod Ali Mohammed Saeed. Lapor, Astro Awani.

Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.

Malah, UM memaklumkan pihak universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod Ali menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak 3 semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik Penyelia tambahan bagi membantu beliau.

Bagaimanapun, calon tersebut masih didapati tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh pelanjutan yang diberi.

Menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Zamir Mohyedin memaklumkan pelajar PhD atau Master perlu mangambil maklum bahawa jika melakukan projek, hasil projek akan jadi hakmilik Universiti, lebih-lebih lagi jika projek itu ditaja.

Kredit tentulah kena diberikan kepada pelajar juga. Cuma isu pelajar UM ini bukan isu kredit tetapi isu hakmilik.

Jelasnya lagi, jika projek tidak ditaja sekalipun, pelajar masih mendapat akses percuma kepada fasiliti, bengkel, kolokium, seminar di Universiti. Jadi ada kewajaran projek itu menjadi hakmilik Universiti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Universiti claim
2 years ago

"Bukan Benda Baru" - Pelajar Dakwa Kajian PhD 'Dirampas' Oleh Pensyarah, Ambil Hasil Secara 'Percuma'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...