June 27th, 2012

Fuh. Akhirnya yang dinanti-nanti telah tiba. Kilauan Emas 2 hampir sampai ke kemuncaknya apabila 2 lagi peserta daripada Zon Tengah telah terpilih untuk melengkapi senarai 12 orang peserta separuh akhir. Kesemuanya memang hebat-hebat belaka. Malam ini, di Astro Prima 105, bermula jam 9 malam mereka akan berentap sesama sendiri untuk menentukan siapakah yang akan layak ke final Kilauan Emas 2.

kilauan emas

Minggu lepas menyaksikan kehebatan peserta-peserta daripada Zon Tengah sehingga Abang Nara sendiri sukar untuk membuat pilihan siapakah yang sepatutnya layak. Kesemuanya ada kelebihan masing-masing. Namun rezeki berpihak kepada Mohd Zulkarnaen Bin Yunus dan Nor Azri Bin Zainuddin untuk layak ke peringkat separuh akhir malam ini. Kedua-duanya memang memiliki suara yang amat padu.

kilauan emas

Abang Nara seperti biasa malam ini tidak akan ke mana-mana dan bakal melekat di hadapan TV untuk menyaksikan separuh akhir Kilauan Emas 2 ini. Untuk makluman, undian SMS sudah pun dibuka agar anda boleh menghantar undian tanda sokongan. Jadi kalau ada peserta yang betul-betul layak untuk ke peringkat akhir, undilah mereka. Cara undian nanti boleh ditengok semasa persembahan live yang akan bermula jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134.

kilauan emas 2

Untuk makluman lanjut, layari www.astro.com.my/kilauanemas atau Facebook Kilauan Emas.


27 responses to “12 Peserta Separuh Akhir Akan Berentap Malam Ini Untuk Ke Final Kilauan Emas 2”

  1. oct1883 says:

    kalau benda tu memang salah n berdosa, tak kira la umur tua ke muda ke, salah tetap salah. kenapa nak gunakan status diorang sebagai warga emas nak dikutuk2? apa da..

  2. Minah tonggeng says:

    Jgn fikir MATI hanya untuk org tua saje.ALLAH dah catat tua ataumuda pun akan pergi ke alam barzah.jgn dok suka mengata.

  3. Anonymous says:

    pelik tengok komen komen negatif kat sini..bukan masalah content but bahasa yang digunakan. asik guna ayat yg org2 tua ni umur tak panjangla, kubur kata marila, pi buat ibadatla..siapa anda nak buat andaian sedemikian..mungkin mereka tidak pernah meninggalkan ibadat malah lebih bnyk amal ibadatnya dari anda..dan mati itu tak mengira umur..anda yg muda juga ada probability ‘pergi dulu’ kalau itu sudah katanya Allah..siapa yang tak ‘sedar diri’? mungkin anda anda yg sedar diri ni patut cermin lagi diri dan muhasabah…

  4. Alice Dania says:

    x baik korg yg muda2 ni mengata org2 tua..menyanyi tu sekadar minat..apa salahnya nk tunjuk bakat dan kembang kan minat selagi x buat perkara2 yg x senonoh..korg mengata org sikit ari lagi korg pun tua dan berkedut….soal amal ibadah x kan dorg nk tunjuk2 kt korg pulak?bukan dorg masuk disko n togok benda haram pn, jauh sekali pakai skirt pendek terdedah sana sini..so far x nmpk lg yg masuk semi final ni pakai cam tu…korg org muda jer ker boleh tunjuk bakat..org2 tua x leh ker?apa kes!!!

  5. kenapa bila nenek see thru kena bahan, anak dara tak kena? jangan prejudis,

Loading...