12 Item Wajib Ada Bagi Korang & Anak Bulus Sempena Raya, No 5 Paling Fav

Branded

12 Item Wajib Ada Bagi Korang & Anak Bulus Sempena Raya, No 5 Paling Fav

Selain baju raya, ada banyak juga benda lain kena tukar, barulah semangat raya kan? Setahun sekali nak extra effort cantik, wangi apa salahnya kan?    

Jom kami share 12 item untuk korang tampil cantik pagi raya, untuk anak bulus pun ada juga, tak ketinggalan!

Plush toy unik

unik plush toy

Siapa dah lama geram dengan kecomelan unik, angkat tangan! Tahu tak korang pun boleh beli 

dan bawa balik unik yang gebu ni ke rumah korang?

Bolehlah kucing kesayangan korang tambah kawan baru nanti! Nak tahu tak, dengan pembelian unik plush toy ini, sebahagian kutipan akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra. Kiranya korang membeli sambil beramal.

Klip penyegar udara unik (Energetic)

penyegar kereta

Masih bertemakan unik, tapi kali ini ianya penyegar udara berbentuk klip. OMG! Cutenya. Nak guna dalam kereta, almari, letak pada beg pun boleh guys!

Untuk ini, didatangkan dengan haruman Energetik. Sesuai untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Klip penyegar udara (Blissful)

penyegar kereta

Bagi yang nak haruman yang menenangkan setelah seharian menguruskan keluarga, kerja dan aktiviti harian, inilah harumannya. Wajib ada!

Bau dia sangat tenang, lembut dan cukup wangi. Rasa macam nak letak semua tempat!

Head gear (Rabbit & tiger)

head gear

Siapa geng suka dress up kucing masing-masing? Inilah masanya bestie! Jom belikan untuk kucing korang head gear comel bentuk telinga arnab dan kepala harimau.

Bayangkan kucing korang terkedek-kedek dalam rumah pakai head gear ni, serius comel gila guys!

Head gear sunflower & bee

head gear

Buka tu je ada. Pernah tak bayangkan kucing korang jadi bunga matahari, atau apa yang jadi kalau kucing kesayangan korang tu jadi lebah?

Tak perlu bayangkan lagi, korang beli je head gear ni pakaikan. Serius comel!

Mini hair removal

hair removal

Nak beraya, satu badan kenalah on point kan? Hilangkan semua bulu-bulu yang tidak diperlukan dengan mesin mini hari removal ni.

Warna pun menarik, sangat aesthetic lagi. Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan, senang nak masuk dalam beg balik kampung pun boleh sangat.

4 in 1 hair removal

4 in 1 hair removal

Untuk fungsi yang lebih versatil, boleh cuba yang ini untuk menghapuskan bulu di badan. Ia didatangkan dengan 4 kepala boleh ditukar.

Boleh digunakan sebagai lady shaver, merapikan jambang, kening dan hidung. Anti-leceh, bersih dan sesuai untuk keseluruhan badan.

Set mekap

set mekap watsons

Rahsia mekap onpoint sudah tentunya menggunakan berus mekap terbaik. Watsons sediakan semua keperluan mekap dalam satu set ni.

Ada berus, cermin dan bekas, paling sesuai dibawa balik kampung nanti. Direka berbentuk tapak kaki kucing dan berwarna ungu. Take my money!

Facial cleanser & massager

facial massager

Langkah paling penting dalam penjagaan kulit semestinya cuci muka. Jadi kena pastikan cuci muka dengan langkah yang betul dan benar-benar bersih.

Gunakan facial cleanser & massager ini untuk membersihkan kotoran, minyak dan baki mekap. Hasilnya kulit lebih bersih secara mendalam menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan berseri.

Berus mandian haiwan peliharaan

berus mandian haiwan

Mandikan anak bulus korang dengan berus mandian ini yang disertakan dengan bekas sabun. Si comel pun nak kena mandi wangi-wangi nak beraya kan?

Bahan silikon berus ini memberikan pengalaman pembersihan menyeluruh tanpa merosakkan kulit si comel.

IPL Neck & Face LED Light Device

neck & face light device

Untuk menggalakkan penghasilan kolagen, selain skincare, device pun kena ada juga. Gunakan IPL Neck & Face LED Liggh Device ini untuk mengelakkan garis halus pada wajah dan leher, muka pun makin jelas bentuk V!

USB Eye Beauty Device

watsons eye beauty device

Stres kan bila dah menginjak usia, eye bag dengan lingkaran gelap mula kelihatan? Jangan risau bestie!

Guna je USB Eye Beauty Device untuk mengurangkan kulit bawah mata dan garis halus itu. Device ini juga efektif dalam mengembalikan keanjalan dan melambatkan penuaan kulit sekitar mata.

Apa lagi korang tunggu? Jom dapatkan kesemua item wajib ada sempena raya untuk korang dan anak bulus DI SINI. Kenapa kena bayar lebih kalau korang boleh dapat diskaun sehingga 50%? Jom borong sekarang guys!

Tak mahu ketinggalan promo dan update terkini di Watsons? Ikuti Facebook, Instagram, Tiktok dan X Watsons sekarang. Watsons mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...