(12 GAMBAR)Potret Maut Banduan Penjara Tuol Sleng: Bukti Kekejaman Rejim Khmer Rouge

Trending

(12 GAMBAR)Potret Maut Banduan Penjara Tuol Sleng: Bukti Kekejaman Rejim Khmer Rouge

Muzium pembunuhan Tuol Sleng terletak di Phnom Penh, Kemboja. Asalnya, muzium ini ialah sebuah sekolah menengah, yang ditukar menjadi penjara sewaktu komunis bertakhta di Kemboja pada tahun 1975-1979.

Aspirasi Khmer Rouge di bawah pimpinan mendiang Pol Pot ialah untuk menubuhkan negara komunis, dan empat bulan selepas Khmer Rouge memenangi perang sivil pada tahun 1975, penjara Tuol Sleng digunakan untuk memenjara, menyeksa dan menjalankan hukuman bunuh ke atas rakyat Kemboja dan rakyat asing yang dianggap bekerjasama dengan negara asing untuk menakluk Kemboja.

Advertisement

Dari tahun 1975 – 1979, dianggarkan 17,000 orang telah ditahan di penjara Tuol Sleng (juga dikenali sebagai S-21). Ada yang menganggarkan jumlahnya ialah 20,000 orang, tetapi jumlah sebenar tidak diketahui. Dari 17,000 orang ini, hanya 7 orang diketahui terselamat, dan hingga ke hari ini, hanya tiga orang dari angka yang terselamat ini masih hidup.


Photobucket
PhotobucketCerita dari mangsa yang terselamat bukanlah cerita yang enak didengar. Kebanyakan yang ditangkap ialah individu berpelajaran tinggi dan bekas pegawai-pegawai kerajaan, serta keluarga mereka. Gambar-gambar mereka pula ditangkap oleh seorang jurugambar yang pada masa itu seorang remaja yang benama Nhem En. Rejim Khmer akan memaksa mereka yang ditangkap untuk mengakui yang mereka ialah ejen CIA atau KGB atau Vietnam,  dengan menyeksa mereka sehingga menandatangani pengakuan.

PhotobucketPhotobucketSelepas mendapat pengakuan, banduan tadi akan dibunuh. Pihak Khmer tiada belas kasihan kepada wanita, kanak-kanak atau bayi: kesemuanya dibunuh dan diseksa dengan kejam. Banduan dipakaikan rantai kaki, dipaksa hidup dalam keadaan sempit, dipaksa makan najis atau minum air kencing sebagai kaedah penyeksaan, dibelasah dengan teruk dan adakalanya dipukul dengan besi, parang atau apa jua senjata sampai mati. Ada masanya mereka dipaksa menjadi subjek ujian perubatan untuk pembedahan yang menyebabkan kematian mereka.

Tanah di sekeliling penjara Tuol Sleng menjadi sesak dan tidak lagi dapat menampung mayat-mayat, jadi pihak penjara kemudiannya membawa banduan-banduan ke padang penghapusan Choeung Ek, di mana banduan tadi dipukul dengan besi atau senjata beramai-ramai, kemudiannya mayat mereka ditimbus di situ.

PhotobucketPhotobucketEpisod ngeri di Tuol Sleng berakhir pada tahun 1979, apabila Vietnam menakluki Phnom Penh. Seorang wartawan Vietnam yang mengikuti tentera Vietnam telah menjadikan mayat-mayat reput sebagai pedomannya untuk berjalan, sehingga menemui penjara Tuol Sleng. Pekerja-pekerja penjara telah melarikan diri, dan sempat membunuh hampir kesemua banduan, dan menghapuskan sebahagian negatif gambar banduan. Tetapi kebanyakan negatif ini berjaya diselamatkan, dan menjadi bukti kepada wujudnya banduan yang ditangkap dan diseksa sampai mati di Tuol Sleng.

Namun, hanya bekas pengurus penjara Tuol Sleng iaitu Comrade Duch, telah ditangkap dan dipenjarakan atas jenayah perang. Itu pun, beliau telah melepaskan diri selama berbelas tahun sebelum tampil menyerah kepada kerajaan Kemboja sekitar tahun 1995, mendakwa telah insaf dan mahu bertanggungjawab atas kekejaman yang dilakukannya. Staf-staf lain, serta pemimpin Khmer yang mengarahkan kekejaman dilakukan tidak berjaya ditangkap dan dihukum atas jenayah mereka, termasuk Pol Pot. Duch kini sedang menjalani hukuman penjara dan mungkin tidak akan keluar sehingga akhir hayatnya.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketNamun foto-foto ini akan kekal dipamerkan di dalam muzium Tuol Sleng, sebagai bukti kewujudan mereka yang menjadi mangsa kekejaman rejim yang tidak ubah seperti dirasuk syaitan. Sekurang-kurangnya generasi baru Kemboja akan menghargai kebebasan mereka yang mahal, setelah terpalit sejarah hitam pernah ditakluki rejim komunis yang anggotanya terdiri dari anak bangsa mereka sendiri. – AmazingNara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...