(12 GAMBAR)Lelaki Afrika Makan Daging Mayat Kerana Dendam (18 SG)

Trending

(12 GAMBAR)Lelaki Afrika Makan Daging Mayat Kerana Dendam (18 SG)

Gambar-gambar yang mengerikan telah muncul, menunjukkan seorang kanibal yang digelar Mad Dog telah makan daging mayat seorang lelaki Muslim yang telah dibunuh beramai-ramai.

Mad Dog, atau nama sebenarnya Ouandja Magloire, memotong sebahagian daging dari mayat yang pada masa itu terbakar di satu bulatan di ibu kota negara Republik Afrika Tengah. Satu lagi gambar menunjukkan dia sedang menjilat darah pada pisau yang digunakan untuk memotong daging mayat, memakai baju yang sama sewaktu dia memakan daging mayat orang lain pada minggu sebelumnya.

Advertisement

Mangsa ialah mayat kedua yang dimakan oleh Magloire, yang seminggu sebelumnya makan daging mayat lelaki muslim yang dibunuh beramai-ramai.

Imej-imej ini diambil pada hari Ahad lepas di Bangui. Menurut The Associated Press, lelaki-lelaki beragama Islam dibunuh kerana membalas dendam di atas pembunuhan seorang pemandu teksi yang dilakukan sehari sebelumnya.


 photo article-2542662-1AD385A700000578-982_634x850.jpg
 photo article-2542662-1AD3570900000578-238_634x417.jpg

Dua orang Muslim yang lalu ketika itu berjaya melepaskan diri dengan mendapatkan perlindungan pasukan pengaman Perancis dan Afrika.

Pergaduhan antara golongan Muslim dan Kristian telah berlaku di sana. Kumpulan Muslim bergelar ‘Seleka’ manakala kumpulan kristian yang memberontak menggelar diri mereka ‘Anti-Balaka’ (anti-parang).

Datuk Bandar Republik Afrika Tengah, Catherine Samba-Panza, 59, telah meminta dua kumpulan tersebut berhenti bergaduh demi keamanan penduduk-penduduk yang lain. Samba Panza yang bersifat neutral menekankan yang apa yang utama ialah untuk menghentikan kesengsaraan orang ramai, mengembalikan keamanan dan kuasa pentabiran negeri ke seluruh negara.

Magloire memberitahu British Broadcasting Corporation (BBC), apa yang dilakukannya ialah sebagai membalas dendam atas pembunuhan isterinya yang sedang mengandung dan adik ipar serta bayi adik iparnya. Dia mendakwa mereka dibunuh oleh orang Islam dan dia amat marah dengan mereka.

Saksi kejadian itu tidak campur tangan, sebaliknya merakamkan kejadian tersebut dengan kamera telefon bimbit mereka.

Dalam perkembangan lain, Kesatuan Eropah (EU) telah bersetuju menghantar 1,000 tentera ke wilayah tersebut untuk mengembalikan keamanan. Setakat ini, Perancis telah menghantar 1,600 orang tentera dan jumlah tentera Perancis dan tentera Afrika sebagai pengaman ialah seramai 4,400 orang.

Bantuan dana sebanyak USD 496 juta juga telah dikumpulkan untuk membantu negara tersebut tahun ini.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo video-undefined-1AA2BE2300000578-996_636x358.jpg
 photo article-2538471-1A9812D100000578-462_634x422.jpg
 photo article-2542662-1AD3B08100000578-538_634x416.jpg
 photo article-2538471-1A979AF600000578-72_634x422.jpg
 photo article-2542662-1AD3B07700000578-833_634x420.jpg
 photo article-2538471-1AA2910800000578-692_634x393.jpg
 photo article-2538471-1A9EAEAA00000578-879_634x422.jpg
 photo article-2538471-1AA29A3A00000578-142_634x300.jpg
 photo article-2538471-1AA2991B00000578-597_634x355.jpg
 photo article-2538471-1AA290A400000578-198_634x355.jpg

Laporan asal – Dailymail UK.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...