Tarikh 19   April 2012, merupakan satu tarikh cukup bermakna apabila filem Uncle Usin, terbitan Seven   Sketch, menampilkan   dua pelakon komedi utama, Zizan Razak dan Johan, buat pertama kali dalam   sejarah filem tempatan yang akan ditayangkan  di   70 panggung sekitar  Malaysia dan Singapura.
Diarahkan oleh Husri Hj. Husain,   filem Uncle Usin yang   menelan belanja RM 1.2 juta dan   16 hari   penggambaran   ini, mengisahkan bagaimana Spy 13   ( Zizan Razak   ) seorang penyiasat yang ditugaskan   menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris (   Mat Over   ) ,   atas permintaan anaknya Julia (   Shikin Kamal ). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila   Spy   13   telah bertemu Spy   11   ( Johan Raja   Lawak ) ,   seterunya ketika  menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam  masa yang sama juga,   Spy 13   telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah   angkara Manan ( Ebby Yus ).
Bagi Johan, filem Uncle Usin merupakan   satu   pengalaman   yang cukup   bermakna buatnya. Kata   Johan,
Inilah kali pertama kami bergandingan (   merujuk kepada Zizan Razak )   dalam sebuah filem,   dan   ianya satu   pengalaman   cukup   menarik. Tambahan   pula, kerjasama dengan   pelakon   lain, seperti   Shikin Kamal, Mat   Over, Ebby   Yus, menjadikan filem Uncle   Usin ini sebuah filem keluarga   yang   harus ditonton.
Zizan Razak, memegang watak Spy 13 pula berkata, Uncle Usin merupakan   sebuah   filem penyiasatan   dengan   unsur komedi yang   pastinya mencuit hati:-
Tidak   dapat dinafikan, filem komedi masih   mendapat perhatian dan mampu menarik penonton ke panggung. Oleh kerana itu, Uncle Usin merupakan sebuah filem   komedi yang pastinya mampu memenuhi selera penonton kini.
Buat pengarah   juga penulis skrip   untuk Uncle Usin, Husri Hj. Husain berkata, peluang mengarah   filem   ini merupakan satu pengalaman yang pastinya   tidak dapat dilupakan. Kata   Husri,
Bila   kali pertama   saya diberitahu   untuk mengarah    sebuah   filem gandingan   Zizan Razak dan   Johan, saya seperti tidak   percaya. Mungkin, ini peluang yang pengarah lain idamkan.
Bekerjasama dengan   mereka (   Zizan Razak Dan Johan )   cukup menarik, kerana masing-masing   memberikan idea kreatif yang   mampu memberikan satu impak   berlainan untuk   filem ini.
Filem terbitan pertama   Sketch Seven, Uncle   Usin akan mula   ditayangkan di 70   pawagam   berhampiran   bermula 19 April 2012. Membariskan pelakon-Âpelakon   hebat tanahair seperti Zizan   Razak, Johan, Nabil, Tania   Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya, Yank Kassim  dan   ramai lagi, dan diarahkan oleh Husri Hj   Husain. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
***
Mari mengenali Kompleks JKKN Sabah:-

No. 1 kah?
terbaek la lu derrr! ^^
ok. harapnya kelakar dan penuh makna. saya belum tengok lagi filem jidin Selenge so takleh komen panjang2.
Harap2 best la filem ni.
^_____^
perbezaan saiz ketara dulu & sekarang…namun lawak makin SUPERR…..””wahahahahahahahahaha….alamak teruknyer..”””
tahniah….:-)
Awek legenda budak setan..??
bkn..awek tu awek syaitonirrojim yg akn jd lgenda..haahihiihihaahaa
tahniah la awak….dpt hadiah melancong ke antartika pergi dan tak balik2…
wahh mulai skrg aku akan start minat zizan sebab dia pakai baju tokio hotel!
Kalau ada diorang berdua ni, kompem gamat cerita ni
beraninye zizan pegang katak…konpem tbelit usus ni nanti tengok derang wat lawak
kalau dia cium katak tu, dia akan jadi putera yang kacak.
Last!
mesti best punyaaaaa…
[…] tempatan yang akan ditayangkan  di   70 panggung sekitar  Malaysia … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged Bagi, Dalam, Filem, GAMBARGandingan, Johan, Pertama, […]
[…] Tarikh 19   April 2012, merupakan satu tarikh cukup bermakna apabila filem Uncle Usin, terbitan Seven   Sketch, menampilkan   dua pelakon komedi utama, Zizan Razak dan Johan, buat pertama kali dalam   sejarah filem tempatan yang akan ditayangkan  di   70 panggung sekitar  Malaysia … Continue reading → […]
kalau dlm filem ni zizan ckp loghat terengganu ..lg best
mcm best je..sure gempak pnye citer ni..
wah dh boleh book ni…tp promotion x seberapa ler..pihak production,pls promote gempak skit..kasi war2 seantero dunia..baru la box office..
*ntah2 aku je yg baru yg baru taw*..upsssss…
nape johan nampak kurus??ini lame pnye nih..
mesti bertahun2 dorang tunggu filem nih ditayangkan..
aku ingatkan kumpulan meet uncle husin yg berlakon filem ni…
mana datang Meet uncle Husein nye
ye la, dah nama filem pun UNCLE USIN kan? ingatkan citer psl grup diorg.
wow , gandingan yg mantap . . Tp cm meletak harapan pd zizan n johan ja utk box office sbb pelakon lain cm . . . Btw , nara . . Story sikit ttg ex pngacara ranc gosip yg nk bunuh diri minum clorox tu . . Huhuhu , sapa kah ? ?
johan ensem la kurus!
johan hensem kurus!!
aku pun nak tengok jugak cerita ni,. Kalau tengok cerita prof Madya macam kena tipu je,harap ni tak
lau mrk b’dau d’gandingkn mst crita nye best punya….
x kering gusi kta dhentam crtia mrk b’2…..
sya blm tgk crtia nye….x sbr la pla sya nak tonton crita hasil gandingan mrk b’2….
tak sbr tnggu 19hb nanti..
msti bez punye….jozan……..
xder tiket free ke nara??
harusla aku g n0nt0n nih.. hehe..
tajuk Uncle Usin adalah smpena nama abah pengarah iaitu Haji Hussain..eh ye ke,haha..tp tngok promo kt tv cam x bes..
kenape tk ambek fasha sanda ke neelofa yg berlakon? ambek pompan ni pulak ……cite ni kelakar ke seram? kalau cite kelakar kenape tk ambek didi alias ? kalau cite kelakar jangan ambek artis yg tk kelakar punyeeee !!!
awek 2 yg blakon LBS kan???
pasal xamik diana danielle ker juliana evans ker, baru semangat skit org luar negara nak tgk. heroin xcantik cam lofa n fazura kat mesia jer boleh laku sebab org kenal, kat luar mesia, org tgk heroin xcantik, mood tgk turun. cam aku tgk citer korea, indon, filipina dsbnya, aku tau hero or heroin tu femes kat negara diorang, tapi aku bukan follower artis tuh, aku follow drama/sinetron dia jer, so tak kenal xder aura, xcun xensem xder mood
johan kurus
Dah baca sinopsis, meh baca reviewnya pula.
Kami dah buat review
Klik sini :
TQ owner blog =)
filem yg xbest…kualiti gambar xok..sinematografi xmnarik lgsung…
x best langsung..arap nama johan ngan zizan je..bab lawan ketika terbang pun nmpak tali yg gantung pelakon wanita..ugi je g tgk..member siap tido lagi..
cer uncle usin krng best la tpi zizan esem sngt cute
abg zizan hnsem bile blakon dlm cite kl gnster jee……..yg lain x!!!hahaha
abg hensem skit jee,bbandng AARON AZIZ