Sorang budak yang berani telah merisikokan nyawanya sendiri demi untuk menyelamatkan seekor anak rusa dari mati lemas. Budak itu yang benama Belal, dipercayai berusia awal belasan tahun, dengan gigih menjulang anak rusa dengan sebelah tangan setinggi mungkin ketika dia menyelam menyeberangi sebuah sungai.
Sewaktu Belal melakukan semua ini, kesemua saksi memerhati dengan tidak pasti sama ada Belal akan muncul semula ke permukaan air.
Apabila Belal akhirnya berjaya menyeberangi sungai kesemua saksi bersorak dan anak rusa tersebut disatukan semula dengan keluarganya.
Insiden ini berlaku di Noakhali, Bangladesh, apabila anak rusa tersebut terpisah dari keluarga akibat hujan lebat dan paras banjir yang meningkat laju.
Jurufoto hidupan liar Hasibul Wahab yang berada di sana secara kebetulan lantas menarik picu kamera bagi merakamkan detik tersebut.
Kalau berlaku di negara kita bagaimana agaknya ya? Mungkin ada yang hanya akan mengambil video anak rusa lemas menggunakan telefon bimbit, bukannya menolong seperti Belal. Harapnya tidak begitulah.
Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
JKKN membawakan anda Panggung Seni Tradisional untuk sepanjang tahun 2014. Jangan lupa penyaksikan seni persembahan tradisi untuk pemeliharaan dan pemuliharaan seni budaya kita. Dimulai dengan pementasan boria pada 21 dan 22 Februari (Jumaat dan Sabtu) 2014 ini di Auditorium JKKN WPKL, Jalan Tun HS Lee. HUbungi 03-2614 8257/8229 untuk keterangan lanjut!