Nama Ayda Jebat kini sedang meniti di bibir para peminat drama Rindu Awak 200%. Gandingannya bersama Zul Ariffin ternyata mempunyai ‘chemistry’ yang memikat dan mengujakan para penonton. Memulakan kariernya dalam industri hiburan sebagai peserta Akademi Fantasia 9, kini bintang Ayda Jebat bersinar pula sebagai seorang pelakon. Memang rezeki sungguh.
Mempunyai wajah iras-iras Wawa Zainal, lakonan Ayda Jebat di dalam drama Rindu Awak 200% masih boleh dipertingkatkan. Pada mulanya memang nampak agak kekok dan keras, namun beberapa episod kebelakangan ini sudah mula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika diasah lagi, pasti Ayda Jebat boleh pergi lebih jauh. Mutu lakonan mestilah seiring dengan wajah menawan. Jangan hanya bergantung kepada muka cantik semata-mata.
Selamat maju jaya Abang Nara ucapkan kepada Ayda Jebat. Semoga tak mudah lupa diri dengan populariti yang dikecapi menerusi drama Rindu Awak 200% ini. Diharap akan dapat banyak tawaran berlakon selepas ini. Lagi beberapa gambar Ayda Jebat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Kesemua 6 Bugatti Veyron turun padang