Written by AbangNara | June 9th, 2014

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jimmy Shanley, 34 tahun yang telah selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27 tahun Sabtu lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam kira-kira jam 5 petang. Perkahwinan ini juga sekaligus menafikan desas-desus yang Jimmy telah menamatkan zaman dudanya dengan seorang janda yang bertebaran sebelum ini.

jimmy shanley

Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh ayah Mariam sendiri dengan sekali lafaz sahaja. Mariam telah menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM15,000. Kata Jimmy Shanley menerusi Mstar Online:-

Alhamdullillah, perkahwinan ini menepis khabar angin sebelum ini tentang saya berkahwin atau bercinta dengan janda. Isteri saya ini bukan janda dan ini perkahwinan pertamanya. Saya tahu ada orang sebarkan fitnah tentang saya berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda kerana mereka tersilap orang.

Ketika khabar angin itu tersebar saya sudah berkawan dengan dia dan saya bimbang juga tanggapan dia kepada saya. Bukan saya merahsiakan sebaliknya saya tidak mahu orang bercakap dan timbul apa-apa fitnah lagi. Sebelum ini saya pernah mengalami macam-macam perkara dan saya tidak mahu ia berlaku kepada Mariam.

Kami dikenalkan oleh seorang kawan dan boleh dikatakan sudah hampir beberapa tahun dan bagi saya dia seorang yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Dia tidak ramai kawan sama seperti saya dan kami suka mengisi masa lapang dengan mencari makanan yang sedap-sedap dan main volley ball.

Saya selesa bersama dia dan dia seorang yang tahu tentang agama, lagi pula dia pandai menjaga hati saya dan ibu bapa saya.

jimmy shanley

Jimmy dan Mariam akan berbulan madu di Eropah sebelum ketibaan bulan Ramadhan. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Jimmy dan Mariam atas perkahwinan ini. Semoga perkahwinan kali kedua buat Jimmy ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley

52 responses to (12 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Jimmy Shanley & Mariam Jamilah

  1. minah jambu merah biru says:

    mari kite tengok si bini baru jimmy ni ada komlen n lari tk pasal badan jimmy busok macm si bini pertama komlen kn dulu…

  2. buah asam says:

    Honestly saya rasa muka isteri dia taklah lawa mana. Kalau dilihat, Jimmy boleh cari jaUh lebih cantik. Tp muka isteri dia mmg lembut, sweet sangat, jenis muka yg tengok lama lama pun tak jemu. Ada manis tersendiri. Smoga berbahagia ke anak cucu :)

  3. ikan says:

    geli tul aku jantan rambut panjang ni

  4. puteri says:

    buat apa pilih lawa kalo perangai x lawa…yg penting isteri yg sekarang jauh lebih baik dari yg sebelum ini…kaya belom tentu menjanjikan kebahagiaan

  5. Fish Fairuz says:

    Manis muka wife dia ni… tahniah jimmy.

  6. Anonymous says:

    congrates mariam!! nnti kita jumpa story mory ek.. semoga berkekalan hingga akhir hayat.. imma happy for you!

  7. nina says:

    cantik berkali2 cantik daripada suhaila.. suhaila dah lah muka x cantik, perangai pun buruk.. pe2 pun semoga perkahwinan ni kekal till jannah

  8. Anonymous says:

    CANTIK…

  9. aku kenal dia says:

    Semoga berbahagia

  10. zita says:

    Tahniah

  11. Anonymous says:

    TAHNIAH…SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU….AMIN..