Written by AbangNara | December 9th, 2013

Wow!!! Cantik sangat-sangat gambar pra perkahwinan yang diambil oleh bakal pengantin baru kita ini. Seperti Che Ta, Jovian dan Nina juga turut memilih Paris sebagai lokasi penggambaran mereka. Jurugambar yang digunakan tidak lain tidak bukan PrettyPeektures yang cukup terkenal dengan hasil gambar yang awesome.

gambar kahwin jovian nina

Hampir meleleh air mata Abang Nara melihat ke”awesome”an gambar-gambar mereka berdua ini. Untuk anda yang tidak tahu, Jovian dan Nina bakal disatukan sebagai suami isteri pada 11.12.2013 ini (Rabu). Pasti mereka sedang berdebar-debar mengira detik bersejarah yang tinggal 2 hari sahaja lagi.

gambar kahwin jovian nina

Semoga segala persiapan perkahwinan Jovian dan Nina berjalan lancar seperti yang dirancang. Tahniah sekali lagi diucapkan atas ikatan suami isteri yang bakal dijalinkan. Semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Beberapa lagi gambar pra perkahwinan Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pretty Peektures.

P.S: Honda Vesel, crossover daripada Honda Jazz

gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina
gambar kahwin jovian nina

142 responses to (12 GAMBAR)Pra Perkahwinan Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Oleh PrettyPeektures

  1. Ninafans says:

    Wei dok buat spekulasi pe ntah.ni la org melayu.bukan gereja la.org kata istac tu istac la.memang sja nak buat kontroversi.ishhhh geram nya aku

  2. jemah says:

    Gambar prewedding ambil dekat Paris. Agak-agak la gambar last tu pergi ISTAC UIA untuk ambil gambar. Logic la skit.

  3. yoyo_poyos says:

    hurm. untungla.

  4. nara botak says:

    Tok sah lah bandingkan RCW-ZS & JMNina nih… both i geli! Yg perempuans nyer mcm getek jaahh~ mcm sundal jaahh~ yg lelaki2 mcm canggar jaah~

  5. .................. says:

    nina ni cantik la…suka tengok pic dia org…moga bahagia hendaknya….

  6. Mak CIk HIDAYAH says:

    SEMOGA DIBERI HIDAYAH,,,

  7. pocoyos says:

    Gua nk tengok zifi. die xde ke?

  8. K says:

    Sehelai bju jovian lebih dr rm7k dkt butik dia..sebulan jual 30 baju dah brape??tu tak masuk jovian punye bju versi affordable dkt zalora harga dlm rm400..kalau dpt jual 10 helai sbulan pon baju dkt butik dah untung 7Ok..kalau baju jovian versi affordable pon dpt jual seratus helai sebulan dah brape??yg untung nina dpt jovian..

    • anti otak singkat says:

      baju dia sebenarnya tak le mahal mana pun..disebabkan brand ‘jovian mandagie’ yg harganya melampau2..sama macam barang2 sponsor che ta nak kawen ni..tokey kedai letak harga sesuka hati utk menarik perhatian masyarakat..borak je lebih 13 juta..nilai sebenar tak kemana punn..artist kan suka benda2 mcm ni..tambah2 plak che ta..ahaks!

  9. anti otak singkat says:

    hancusss!!! asal artist / org awam mat saleh buat je semua artist Msia nak ikut..lepas tu masyarakat Msia yg gagal guna otak pun ikut…haishhhh..apa nak jadi la agaknya..makin membodohkan diri..

  10. excuse me says:

    Excuse me, hina sangat kah gereja sampai dikeji sedemikian rupa? Kalau ada masa baca Beautifulnara rajin-rajinkanlah diri anda baca bible, tak salah pun bukan terus murtad..dalam bible tak pernah suruh penganutnya buat kerja terkutuk.

  11. Anonymous says:

    Gambar pre wed Jovian semua cantik2 dan sangat menarik. Ada aura pengantin. Kenapa Che Ta punya rasa macam shooting untuk majalah je… Couple ni pun sepadan, tak overexposed and tak menunjuk2 sangat. Nampak semua berjalan lancar tanpa ada kontrovasi. Mungkin sebab Jovian dah biasa berurusan dalam bab2 majlis kawin ni..kot. Tahniah.

  12. meati says:

    mereka ni tak kecoh kawin berjuta2? sebab bapa Nina dah pesan jaga maruah sebab bila buka jer belanja juta 2 nanti buat malu jer kat Menteri2 yg lain,…tapi heran kan yg betul2 kaya selalu nya tak pernah kecoh pun kawin juta2 walau mereka pakai duit sendiri.

  13. minah jongang says:

    ajaran barat meresap dikalbu…sedihnya ramai yang sokong pulak tuuu….

  14. kak yah says:

    kalau tak silap che ta punya anasaeskey yg amek. tapi lawa gila la gamba jovianina ni. sweet je dorg

  15. meati says:

    Minah Jonggang sebenarnya semua org yg sedih kat ko Minah Jonggang…sebab ko miskin dah tak mampu macam mereka ni ko cemburu dan busuk hati …aper ko ni manusia ker binatang?

    • Mak Guard says:

      biar miskin harta.. jgn miskin ilmu agama.. benda yg dah terang takde dlm islam.. berpakaian apatah lg… hidup hanya sekali.. akhirat yg pasti kekal abadi… :)

    • minah jambu merah biru says:

      kau jangan tk tauuuuuuuuuuuuu si jongan ni dia dh la miskin otak kolot pulak tu hahahahahahahahahahahahaiiiii !

  16. Comey says:

    Sorry, just nak pastikan…
    Ada sesetengah gambar tue macam kat “church” walaupon macam tak pasti…
    Tempat yang banyak bangku2 tue tersusun sebaris – sebaris rupanya mcm dekat “church”???
    Maaf la kalau saya tersilap….

  17. MeluatDenganOrgBurukSangka says:

    Salam. Aku dah banyak kali lihat org Melayu kita nie x abis2 buruk sangka. Cubalah berbaik sangka. x rugi mana pun… Kalau anda x suka seseorg atau cara dia sekalipun, cubalah doakan agar dia diberi hidayah… bukannya buat dosa kering. Pape pun tahniah kepada jovian dan nina. semoga bahagia sehingga kesyurga. :)

  18. papeje says:

    weyh. visitor counter kat ISTAC makin bertambah laa. haha. semua g check betul ke dia gmbr kat situ. lol

  19. xpuas hati dgn ppeektures says:

    awesome awesome juga tp hutang org bila nak byr pretty peektures oiii!! nanti xberkat bisnes kau!

  20. Boleh terserlah ke’mahal’an siri-siri gambar ni, sebab menggunakan 3 lokasi berbeza di 3 buah negara berbeza.

    1. Paris (of course sebab sangat obvious)
    2. IIUM (ikut sumber dalam komen ni)
    3. Swiss/ Germany sebab gambar di tasik tu adalah di Koenigsee (King’s Lake). Boleh google. Saya pernah ke sana. Memang tersangat2 cantik especially musim bunga. Gambar second last tu pon di tasik tersebut FYI.

  21. anita says:

    Tak salah pun kalau dia nak bergambar dalam gereja. Bukan dia masuk dalam gereja nak sembahyang sembah salib. Siapa yang kolot sangat tu kalau ada duit lebih sikit rajin-rajin la melancong, berkembang sikit minda tu. Saya cadangkan pergi Eropah. Bangunan sana cantik2, bersih, banyak tempat taman&tasik utk yang gemar alam semulajadi. Sekian.

  22. ezzatiey says:

    bakal isteri dye melayu kan??? tapi….

  23. Anonymous says:

    parents dyeorg x marah ke tengok anak x kawen lg dah kepit sakan..
    dah bersedia nak menjawab kat akhirat nanti??
    nauzubillah..

    • Anonymous says:

      Marah????? Saya rasa parent dia pon tak kisah….rata2 yg komen kat sini pon sokong jek, lom nikah tp dah peluk sakan. Takpelah bak kata org melayu urban ” kubur lain – lain” jadi teruslah bermaksiat……

  24. ila says:

    YANG POLITIKKAN AYAH NINA KORUP MEMANG BANGANG.

    NINA ADA BISNES SENDIRI. KAU? BAWAH TEMPURUNG

    JOVIAN PUN WELL PAID. BIARLA DIORANG BUAT PRE-WED. TAK OVER PUN.

    LAGI DUK TANYA ISTAC TU GEREJA KE. RABUN?

    MOHON JANGAN JADI BANGANG SANGAT. SIKIT TAKPA

    • Anonymous says:

      takat business sendiri berkabelkan bapak blh la.. ada org lain tu naik turun kementerian nak buka tadika tp bg nya kacang je utk berurusan…

      yg jovian pula.. dah sah2 bkn warganegara tp mudah je dpt menjenamakan pakaian di gudang2 di malaysia.. all about kabel..

      yg bergambar di istac.. dah sah2 institusi islam.. mudah je mereka lepas berpakaian menjolok mata.. kalau bukan sebab kabel apa lg ya??

      bukan buruk sangka.. tp mata nampak kalau tak berkata itu bukan mata namanya.. untung jadi anak menteri.. bak kata dafi.. umur 5 tahun dah pakai telefon canggih ayah belikan..

  25. Tuan Direktor 1 Sen says:

    Aku puas hati. Cantik sinematografi dia. Model2 pun cantik haa… Aku nak ambil dia orang ni berlakon dalam filem aku yang tengah aku bikin dalam kepala otak berjambul aku ni, “A Love Story in Paris”. Camera rolling… Action… Cut!

  26. syu says:

    aww…so sweet:)

  27. Eima says:

    Lagi cantik dari photo pre wedding che ta…Jovianina more natural dr che ta..Cinta yang ikhlas tnpa niat nk menunjuk akan terserlah dari raut wajah,senyuman dan terpancar dr mata kedua bakal mempelai.kepada Jovian & Nina selamat menempuh alam perkahwinan,biar cinta yang disemai berkekalan hingga nafas yang terakhir.biar maut yang memisahkan cinta anda berdua..
    Che Ta smua nya plastik..menyampah & meluat nak nengok Photo Pre Wedding Che Ta & Zain saidin.

  28. Sayang says:

    Nampak berseri, ceria dan bertenaga klau banding ngan pre wed cit ta. Cara cik ta posing tu rasanye mcm xde variasi. Mendada memanjang. Bosan sgt2. Pehtu pakaian tu emmmm………outdated fesyen.

  29. mynmin says:

    kesian tengok readers of beautifulnara yang beriya-iya bergaduh..
    sekarang kan dunia akhir zaman..fitnah memang selalu bertebaran..

  30. Zzzzzzz... says:

    Orang sekarang dah terlebih duit ke?…dah ada gambo pra..kahwin..pra tunang…semakin lama dah semakin ikut barat… benda tak perlu apabila di dahulukan..dah jadi pembaziran… (menggeleng kepala)….