13 Ogos ini, filem Nota bakal menemui rakyat Malaysia di pawagam-pawagam berdekatan anda. Filem hebat lakonan Maya Karin dan Hans Isaac ini diarahkan oleh pengarah Jepun Yasu Tanaka dan pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes. Bukan calang-calang filem boleh mendapat tempat di festival yang berprestij itu sekaligus membawa maksud filem Nota ini boleh tahan hebatnya.
Nota mengisahkan sepasang suami isteri yang menetap di Kuala Lumpur, Erin (Maya Karin) dan Kamal (Hans Isaac) telah pergi ke Taman Negara Bako untuk menyelesaikan masalah perhubungan mereka. Erin dan Kamal berdepan dengan pelbagai masalah dan dibantu oleh Jemat (lakonan Ramli Hassan). Masalah yang dihadapi menjadi semakin kusut apabila Erin beberapa perkara yang tidak menyenangkan mengenai suami dan perhubungannya.
Lagi beberapa gambar sekitar tayangan perdana filem Nota dengan membaca artikel ini sepenuhnya.