Hari ibu atau dalam bahasa omputehnya Mother’s Day bakal menyusul tidak lama lagi. Dan bersempena dengan itu, Siti akan membuat satu persembahan khas yang diberi nama “Istimewa Hari Ibu…Sepetang Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” di Grand Dorsett Subang Hotel, Subang Jaya.
Abang Nara kalau ada masa terluang teringin juga bawak mak Abang Nara melihat persembahan Dato’ Siti Nurhaliza secara live. Harga tiket pun tak adalah mahal sangat. Paling murah RM250 dan paling mahal RM1,000. Kira affordablelah jugak kan?
Dan semasa sidang media untuk Hari Ibu ini berlangsung, Dato’ Siti Nurhaliza memberitahu wartawan Mstar yang suaminya, Datuk K agak tertekan dengan gosip tentang perkahwinannya dengan Rozita Che Wan. Kata Siti:-
Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan. Saya kenal siapa Datuk K kerana dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama. Rozita juga adalah mangsa dan hubungan kami tidak mempunyai sebarang masalah. Rozita sendiri sudah menafikan perkara itu dan tidak perlu rasanya untuk saya berjumpa dan meminta penjelasan.
10 lagi gambar Datuk Siti Nurhaliza semasa sidang media persembahan bersempena dengan Hari Ibu dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.