Rozita Che Wan dikenali sebagai seorang ibu yang cukup penyayang dengan anak-anaknya dan sering mengadakan majlis istimewa sempena hari jadi mereka.
Pada hari Sabtu lepas, Che Ta telah meraikan hari jadi anak keduanya Aniq Ezra dengan meriah sekali bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Seperti biasa, keluarga Che Ta akan mengenakan pakaian sedondon dan kali ini warna temanya adalah warna coklat. Tidak dinafikan, meskipun beliau kali ini tidak meraikan hari jadi anaknya di luar negara, tetapi ia tetap kelihatan mewah dan cukup gah.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Aniq Ezra dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit Foto : Qamalrul Hazim Rosnan