Pada 8 Januari minggu lepas, pasangan Marsha Milan Londoh dan suaminya Shaiful telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Tampak sungguh anggun dan kacak dalam busana serba putih hasil rekaan Rizalman Ibrahim, majlis mereka cukup mewah dan dihadiri oleh orang kenamaan, keluarga, rakan selebriti dan teman rapat.
Marsha pada malam tersebut sempat meluahkan rasa syukur kerana semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Malah, beliau juga merasa bertuah kerana sudah bertemu dengan teman hidup yang cukup memahami dirinya.
Syukur dan perasaan yang sangat gembira semuanya berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini.
Akhirnya, saya sudah menemui lelaki yang tepat sebagai suami. Dia menjadi tulang belakang dan pendokong paling kuat serta sentiasa cuba memahami diri saya dalam mengharungi liku kehidupan terutama ketika saya yang diselubungi mendung.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi Marsha dan Shaiful dengan membaca artikel ini sepenuhya.