Selamat melahirkan seorang bayi perempuan bernama Anggrek pada bulan Mac lepas, penyanyi Adira dan suami, Datuk Red telah mengadakan majlis cukur jambul dan akikah buat puteri sulung mereka itu pada hari Sabtu lepas.
Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali di Kelab Golf Bukit Rahman Putra. Menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram, Adira kelihatan begitu cantik sekali mengenakan busana berwarna ungu sedondon dengan Datuk Red dan Anggrek.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis cukur jambul dan akikah Anggrek dengan membaca entri ini sepenuhnya.