12 Cara Menurut Islam Ini Jadikan Diri Sebagai Inspirasi, Untuk Ajar Anak-Anak Bersopan Santun

Trending

12 Cara Menurut Islam Ini Jadikan Diri Sebagai Inspirasi, Untuk Ajar Anak-Anak Bersopan Santun

Memberi pelajaran dan mendidik anak-anak adalah tanggungjawab besar setiap ibu bapa agar memastikan anak-anak membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang berguna bila dewasa kelak.

Advertisement

Namun ada sesetengah ibu bapa mendidik anak-anak menggunakan cara yang salah atau kekerasan yang melampaui batasan agama.

Bagimanakah cara untuk mendidik anak-anak, yang betul supaya mereka terinspirasi dengan cara ibu dan bapa? Dr Hesham Al-Awadi kongsikan 12 cara mudah, yang boleh diikuti, ianya adalah berdasarkan rutin harian sewaktu bersama dengan anak-anak. Jom kita lihat apa cara terbaik yang boleh kita ikuti.

Bagaimana Untuk Memberi Inspirasi Kepada Anak-Anak Supaya Beradab Sopan?

1. Apabila memasuki rumah, beri salam kepada anak-anak dan cium mereka. Ini akan membantu untuk merangsang rasa sayang dan belas kasihan dalam diri mereka.

2. Menjadi insan yang baik kepada jiran anda, dan jangan pernah mengata / mengumpat mereka. Jangan pernah sesekali mengatakan kata-kata kesat kepada pemandu lain. Anak-anak mendengar, menghadam, dan mula untuk mengikut.

3. Apabila anda menelefon ibu bapa anda, galakkan anak-anak untuk bercakap dengan mereka juga. Dan apabila anda pergi ke rumah ibu dan bapa anda, bawa sekali anak-anak anda. Lebih banyak mereka melihat cara anda melayan dan menjaga ibu bapa anda, lebih banyak juga mereka belajar untuk menyayangi anda.

4. Apabila anda menghantar mereka ke sesuatu tempat, seperti ke sekolah, jangan hanya memasang radio atau memainkan CD. Sebaliknya, ceritalkan kepada mereka mengenai kisah hidup anda, percayalah, ini akan memberikan kesan yang lebih baik buat mereka.

5. Setiap hari, bacakan kepada mereka Hadis ringkas, ianya tidak memakan masa yang panjang, tetapi akan memberikan kesan yang mendalam, dalam mengeratkan hubungan dan kenangan indah.

6. Menyikat rambut anda, menggosok gigi, dan juga memakai pakaian yang cantik, walau anda berada di rumah, dan tidak keluar ke mana-mana. Mereka harus tahu bahawa, menjadi seorang yang kemas dan bersih, tiada kena mengena dengan keluar rumah sahaja.

7. Cuba untuk tidak menyalahkan atau memberi komen, dalam penggunaan perkataan atau tindakan, yang mereka kata atau lakukan. Sesekali, cuba untuk abaikan dan biarkan. Ini akan membina keyakinan diri mereka.

8. Minta izin kepada anak-anak terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan hanya mengetuk pintu, dan terus masuk, tetapi kemudian, baru menunggu kebenaran dari mereka. Meraka akan mengikut tindakan anda, bila memasuki bilik anda kelak.

9. Meminta maaf kepada anak-anak jika anda ada melakukan kesilapan. Dengan menyatakan maaf, ia mengajar mereka untuk rendah diri dan bersopan santun.

10. Jangan menyinidr atau membuat lawak mengenai pandangan atau perasaan mereka, walaupun anda ‘tidak bermaksud sedemikian’ dan ‘hanya ingin bergurau’. Ianya memberi kesan buat mereka.

11. Tunjukkan rasa hormat kepada ruang privasi anak-anak anda. Ia penting untuk rasa harga diri mereka.

12. Jangan berharap mereka akan mendengar atau faham buat kali pertama. Jangan ambil hati dengannya, Nabi Muhammad SAW juga, tidak berbuat demikian, tetapi tetap bersabar dan terus konsisten.

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh jadikan diri anda, sebagai contoh buat anak-anak, sama ada melalui percakapan, tingkah laku, mahu pun tindakan anda.

Ianya secara tidak langsung akan membuatkan anak-anak bertindak dan mencontohi anda. Cuba untuk jadi yang terbaik buat mereka. Jom didik anak-anak dengan cara yang betul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...