12.12 Ini, Harga Runtuh Sehingga RM0 Di Doropu?

Hiburan

12.12 Ini, Harga Runtuh Sehingga RM0 Di Doropu?

Bulan Disember adalah bulan TERBAIK untuk rakyat Malaysia yang suka shopping online. Pelbagai tawaran gila-gila dan tak masuk akal sedang dijalankan serta boleh dinikmati oleh kita semua. Dalam banyak-banyak website yang buat promosi, tiada satu pun yang boleh menandingi kehebatan dan ke’awesome’an tawaran dari Doropu.

Advertisement

Buat anda yang tidak tahu, Doropu adalah satu platform e-commerce terkini di Malaysia yang memberikan anda peluang membuat pembelian pada harga diskaun yang AWESOME sehingga boleh mencecah RM0. Harga yang ditawarkan semakin murah setiap SAAT dan kita selaku pembeli boleh dapat REBATE setiap masa. Dan untuk bulan Disember ini, sambil menanti ketibaan tarikh 12.12, Doropu sedang menganjurkan Ohsome Fiesta yang menawarkan pelbagai permainan menarik, hadiah contest ‘giveaway’ dan juga ganjaran terbaik.

Salah satu contest yang sedang HANGAT di Facebook Doropu ialah “It’s Tactical – Like, Share, Tag & Review”. Anda boleh membawa pulang “FREE Malaysia Military Tag” yang boleh ditulis dengan nama anda dan kawan anda. Cara nak join contest ini pun teramatlah mudah. Hanya perlu pergi ke Facebook Doropu dan buat 6 langkah yang tertera. Kalau menang boleh la letak tag tersebut pada beg anda. Confirm bergaya!!!

Selain daripada macam-macam contest, Doropu juga tidak ketinggalan untuk menawarkan promosi harga runtuh untuk pelbagai produk. Untuk makluman, promosi Doropu ini selalunya akan berakhir dengan ‘sold out’. Mana taknya, handphone, game PS4, jam tangan dan mee segera semuanya dijual dengan diskaun mencecah sehingga 90%. Memang jimat kaw-kaw. Antara contoh-contoh produk yang telah ‘sold out’ pada promosi sebelum ini ialah:-

Untuk Ohsome Fiesta kali ini, Doropu membawakan 34 tawaran ekslusif yang pasti akan membuatkan anda ternganga. Beg ada, MiBand 3 ada, alat make up ada, kamera ada, oven ada dan macam-macam lagilah. Memang rugi sangat-sangat kalau anda tak sambar peluang keemasan ini.

Paling best, ada kemungkinan tawaran Ohsome Fiesta Doropu ini menyebabkan harga runtuh seruntuh-runtuhnya sehingga RM0. Pergh!!! Memang power kan? Cerita banyak tak guna, jom kita tengok beberapa produk yang bakal diruntuhkan harganya bersempena tawaran ISTIMEWA Doropu ini.

1) XiaoMi MiBand 3 – Kembali atas permintaan ramai, anda boleh dapatkan gadjet ini dengan harga runtuh dengan membantu merendahkan harga permulaannya di Facebook Doropu)

2) Irvins Salted Egg Chips Fish Skin – Makanan ringan yang paling popular di Singapura ini memang sukar didapati kerana seringkali ‘sold out’. Kini anda tidak perlu beratur untuk menikmati kesedapannya. Hanya perlu beli menggunakan applikasi Doropu sahaja.

3) H&M Gift Card (RM50) – Kalau anda kaki shopping di H&M, pastikan anda merebut peluang mendaptakan gift card ini pada harga lebih murah berbanding nilai di dalamnya. Silap-silap anda boleh dapatkannnya pada RM0. Best la shopping kat H&M nanti.

4) Aldo Glendaa Small Top Handle – Inilah masanya untuk membelikan sebuah beg tangan berjenama untuk isteri/kekasih tercinta. Pasti mereka akan gembira menerima hadiah yang secantik ini. Boleh tampil lebih bergaya di tahun 2019 kelak!!!

5) L’occitane Christmas Set – Tak tahu nak hadiahkan apa kepada insan teristimewa? Tak payah pening-pening. Beli je set kecantikan berjenama ini dan lihat si dia tersenyum riang.

6) Under Armour Undeniable Duffel Bag – Kalau anda sudah lama mencari beg tahan lasak untuk aktiviti fizikal, inilah beg terbaik yang boleh diperolehi pada harga tidak masuk akal. Ia dijual setiap hari jadi pastikan anda dah install applikasi Doropu di handphone anda.

Dasyat kan? Memang Doropu punya tawaran bersempena musim cuti kali ini lain daripada yang lain. Inilah peluang untuk anda mendapatkan apa yang diinginkan selama ini dengan harga kaw-kaw MURAH. Bersegeralah memuatturun applikasi Doropu untuk memudahkan pembelian anda. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Doropu kerana segala informasi terkini akan dimaklumkan di situ. Selamat membeli-belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...