Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(11FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Akim Dan Stacy

Pada jam 10.15 pagi tadi, Akim Ahmad dan Stacy sudah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu , Sabah. Majlis berkenaan berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan rapat kedua-dua belah pihak.

Advertisement

Stacy telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 tetapi jumlah hantaran tidak dinyatakan. Pihak perempuan memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas juga dengan jumlah yang sama oleh pihak lelaki. Ia dibuat atas permintaan ibu Akim sendiri.

Akim menyarungkan cincin campuran emas putih dan kuning bertatahkan lima permata tajaan Rings and Bands. Lima permata itu  mempunyai maksud bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan yang dibina.

Akim dan Stacy tampak cukup tampan dan berseri dalam busana serba putih yang direka khas oleh Raffiey Nasir.

Advertisement

Tahniah sekali lagi buat pasangan Akim dan Stacy, semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga akhir hayat.

Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Akim dan Stacy dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top