11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicarakan 27 September Depan

Berita

11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicarakan 27 September Depan

Terbaharu, pendakwah bebas yang dikenali ramai iaitu Ustaz Ebit Lew bakal dibicirakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada tarikh 27 hingga 30 September denda atas 11 tuduhan gangguan seksual.

Nama sebenar, Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew didakwa atas 11 pertuduhan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan ataupun isyarat yang bermaksud mengaibkan seseorang.

Advertisement

Jika bulan depan pendakwah berkenaan disabit kesalahan, dia boleh dipenjara selama lima tahun atau denda ataupun kedua-duanya sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

18 Februari yang lalu, Ebit telah dihadapkan di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah kerana berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual, namun beliau mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan.

Difahamkan, beliau dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua jaminan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ebit sebelum ini berdepan dengan tuduhan membuat penghantaran gambar serta perkataan lucah di aplikasi WhatsApp.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Ebit Lew
3 years ago

Ebit Lew Didakwa Di Mahkamah Atas 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...