11 Tahun Tak ‘Contact’, Bapa Enggan Bayar Hutang Bagi Maklumat Anak Kandung Kepada Ah Long

Kehidupan

11 Tahun Tak ‘Contact’, Bapa Enggan Bayar Hutang Bagi Maklumat Anak Kandung Kepada Ah Long

Meskipun sudah tidak berhubung sejak 11 tahun lalu, seorang lelaki telah menggunakan maklumat peribadi anak kandungnya untuk diberikan kepada Ah Long.

Seorang wanita berusia 21 tahun menceritakan kisah yang menimpanya dan seluruh keluarga yang kini diganggu Ah Long selepas bapa kandungnya itu tidak membayar balik pinjamannya.

Advertisement

Difahamkan, peminjam itu didakwa telah mencuri dan menggunakan foto wanita tersebut daripada media sosial dan menyebarkan menerusi dalam talian bahawa kononnya dia menawarkan perkhidmatan seks.

Laporan China Press mengatakan, wanita itu bersama bapa tirinya telah mengadakan sidang media dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA) bagi menceritakan dengan lebih terperinci tentang situasi mereka.

gadis diganggu ah long bapa kandung tak bayar hutang

Kata bapa tiri wanita itu, selepas membuat pinjaman, bapa kandungnya dilihat ‘lepas tangan’ dengan memberikan maklumat anak perempuannya kepada Ah Long.

Berikutan itu, mereka kini diselubungi rasa takut selepas 2 kumpulan penjenayah mula ‘memburu’ mereka sekeluarga sejak Februari tahun ini. Wanita itu juga dimaklumkan bahawa bapa kandungnya berhutang sebanyak RM4,000 dan RM5,000.

Tambahnya, Ah Long turut menghantar gambar dadah berserta ugutan bahawa mereka akan membawa bahan terlarang itu ke rumah mangsa sekiranya dia tidak membayar hutang bapanya.

Pada masa sama, anak tiri saya turut menerima gambar daripada peminjam. Gambar-gambar itu diambil dari media sosial anak tiri saya dan kemudian disunting dengan berniat jahat, ditambah perkataan yang membayangkan bahawa anak tiri saya menyediakan perkhidmatan seks.

gadis diganggu ah long bapa kandung tak bayar hutang

Gara-gara ugutan itu, wanita berkenaan telah menerima banyak panggilan daripada individu yang tidak dikenalinya.

Mereka membuat sidang akhbar tersebut dan mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan bapa kandung itu dan berharap agar pemiutang akan berhenti mengganggu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ah long modus operandi terbaru
3 weeks ago

Ugut Bakar Rumah Walaupun Tak Pernah Berhutang, Individu Dedah Modus Operandi Terbaru Ah Long - "Dia Pulak Suruh Kita Cari Si Penghutang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...