Written by AbangNara | August 29th, 2019

Manusia memang pelik. Kalau tak kahwin, ditanya bila nak kahwin, dah kahwin 2,3 tahun, tanya pulak bila nak dapat anak, dah ada anak seorang, tanya lagi bila nak tambah lagi sorang. Samalah bila selebriti tak kongsi gambar anak di laman sosial, dikatakan kedekut, sombong dan simpan anak, tetapi bila kongsi banyak-banyak, kena cop obses dengan anak sendiri pulak. Itulah yang sedang dialami oleh penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

siti nurhaliza

Secara jujurnya, Siti Nurhaliza layak untuk obses dengan anaknya, Siti Aafiyah kerana telah bersabar selama 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata sulungnya itu. Terlalu banyak dugaan, cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh Siti sebelum dapat bergelar ibu. Jadi tak salah untuk beliau memuatnaik seberapa banyak gambar dan video yang diinginkan. Lagipun perkongsian tersebut boleh dijadikan sebagai arkib untuk ditatap apabila Aafiyah dewasa satu hari kelak.

siti nurhaliza

Kata Siti Nurhaliza:-

Siti tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, Siti juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet.

Jika ada momen menarik dan perlu, Siti akan kongsi. Siti juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika Siti obses dengan anak sendiri.

Selama 11 tahun Siti nanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru Siti dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang Siti rasakan ketika ini.

Selalu Siti berpesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang Siti ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.

Untuk tidak menyesal, Siti rasa rakaman seperti itu perlu. Siti lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.

Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah

siti nurhaliza

Nasihat Abang Nara buat Siti Nurhaliza dan para ibu di luar sana, persetankan kata-kata orang lain. Mereka tidak tahu apa yang kita lalui dan tempuhi untuk bergelar seorang ibu. Obses atau tidak, si comel itu adalah anak kita dan kita berhak untuk memuatnaik apa sahaja yang kita inginkan di laman sosial, selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, agama dan tidak menimbulkan bahaya. Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to 11 Tahun Menanti Kehadiran Aafiyah, Tak Salah Saya Obses Dengan Anak Sendiri – Siti Nurhaliza

  1. Anonymous says:

    teruskan siti…saya peminat siti sentiasa menyokong apa yg dilakukan oleh siti…

    • Anonymous says:

      aku tak minat ct tapi gambr dia yg first nampak manis. maybe dia sesuai pakai shawl and makeup simple mcm tu. look sweet

  2. Citizen says:

    Citizen Netizen Zen Zen Zen yg “OBSES” sebenarnya

  3. Ros says:

    Kenapelah makin lama makin teruk gosip. Ini je ker boleh tulis? Pasal anak beranak baby toddler ntah hape2 retis2 yg dah expired. Pui.

  4. Anonymous says:

    sitiselfie dan piahfilter

  5. Anonymous says:

    ehhh really? whenever i came across your post on insta it is all bout your anak. we all know you tunggu lama but over exposed will never be good for the child. idk lah if you ada insta anak you sendiri but please keep it private siti. not your fan, not your hater but sometimes you need to hear opinions bout you, you know.

  6. Anonymous says:

    Rilek ti, jari org, xdpt kita nk control… Maybe masa menaip tu otak mereka tengah low batt

  7. Anonymous says:

    Anak tu comel.. TapiJangan over expose anak tu dalam socmed.. Jemu

  8. Anonymous says:

    Jemu

  9. huhu says:

    memang la hak dia..tpi bukan dulu dia sendiri yg kata tak nk expose sgt ank kt medsos ke. sekarang dh terbalik dah. lain kali cakap padang2..kadang2 kita akan terlupa apa yang kita cakap kemarin..#jgnsentapfansctdk#

  10. mekti says:

    biarlah dia…anak sendiri kot….lg pon dh lama dia tgg anak dia…seronok tgk tokti ada anak…biarlaaa…

  11. cik bawang putih says:

    pelik ngn netizen ni.. nk kondem x kna tempat..insta2 dia suka dia lah nk letak pic sape pon.xkn nk letak pic korang plak..yg lg pelik plak aku tgk cekta tu hari2 post pic ank dia si ecah tu xde plak org bising.siap ad ig sndri si ecah tu..ok je pdhl cekta tu ank dh brp..so slh ke klu dia nk obses ngn ank dia selepas 11 tahun bersabar..tulah bila hati telah hitam gitu lah jdnya..

  12. alia says:

    aku tgk vedio2 ni dia byk control …..mcm lbh kepda nk ratting tinggi ..tak payah nk expose byk sngt…satu nusantara kenal siapa siti nurhaliza, kdg2 jadi riak tak bertempat

  13. Yekeni says:

    I am obsessed with my son. Anak lahir same month 1 yr later after wedding. Obsessed sungguh. And i only hv 1 child. I am obsessed with my cat. I upload thousands of pics and video on Instagram and youtube. But all private. For private viewing. Kalau suruh orang subscribe, comment, share tu, it’s all for monetary benefits. betul tak? so, really? For own obsession? Almost all mothers are obsessed with their children. NO one child is more special than any others.

    • Yekeni says:

      Tapi kan, kalau terlajaklajak can earn 50k, 70k, maybe rasa hati nak jugak lah kan…

      Jadi, jgn lupa subscribe, comment, share.. nanti i akan post baaaaaaaanyak lagi…. Echo echo echo…

    • Anonymous says:

      ya, orang sekarang buat upload video kat youtube sebab nak bayaran dari google je.. semuanya sebab duit, toksah cakap la takut hilang video jika peranti bermasalah.. fattah amin pun buat channel youtube juga

  14. umairah says:

    netizen tak masul akal. mesti haters tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini