Banyak betul simbol-simbol dekat dashboard meter kereta ini. Tetapi sebagai pemandu jarang kita semua ambil tahu kerana menganggap ianya tak penting pun.
Sebagai pemandu memang menjadi tanggungjawab anda untuk ambil tahu dan fahami kesemua simbol-simbol ini pada kereta kerana ini adalah satu cara kita mengelakkan kemalangan di jalan raya.
Jangan sampai kereta rosak teruk atau keluar asap baru nak sedar tanda amaran.
Baru-baru ini seorang pengguna wanita di Twitter telah berkongsikan beberapa simbol amaran yang beliau dapati melalui blog MAUKERJA agar senang untuk dirinya mengetahui masalah yang dialami oleh keretanya kereta sering memandu seorang diri.
1. Amaran brek tangan

Ada masalah pada sistem brek, ABS atau cecair brek berkurangan.
2. Amaran suhu enjin

Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkurangan.
3. Check cecair penyejuk

Cecair coolant atau penyejuk kereta rendah. Semak dan tambah cecair penyejuk atau coolant segera!
4. Amaran minyak enjin

Enjin kereta anda kekurangan minyak hitam atau minyak enjin, tukarkan dengan minyak enjin yang baru.
5. Bateri kereta

Cas bateri kurang atau alternator ada masalah. Sementara belum pergi bengkel, boleh berhenti gunakan aircond atau radio.
6. Beg udara

Berkemungkinan beg udara ada kerosakan dan anda kena cepat-cepat ganti.
7. Amaran minyak brek

Cecair brek anda berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkurangan apabila brakepads habis.
8. Check enjin

Ada pelbagai faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor anda ada masalah.
9. High beam

Yang ini sebab kadangkala terpasang waktu pagi.
10. Pemanas cermin belakang

Selalunya pemandu gunakan apabila keadaan sedang berkabus.
11. Amaran penstabil kereta

TCS berada didalam mod pilihan ‘Off – Tidak aktif’. TCS adalah sistem yang kawal tayar daripada tergelincir dan memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan.
Semoga perkongsian wanita ini memberi manfaat kepada semua wanita di luar sana. Jangan tak ambik tahu langsung, kerana kereta itu milik anda yang perlu dijaga demi keselamatan diri sendiri juga.
Sumber: Twitter
