Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 16 Ogos ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Tambahnya, keputusan tersebut dicapai setelah pihak kerajaan berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor berkepentingan.
Kenyataan Media berkenaan Kemudahan Sektor Ekonomi (Vaksinasi Lengkap)
(1/2) pic.twitter.com/iUWuS1Sya7
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) August 15, 2021
Sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula
Kemudahan ini berkuat kuasa bermula 16 Ogos 2021 melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi di negeri Fasa 1 iaitu kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta.
Selain itu, pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedan gunting rambut atau salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).
Walau bagaimanapun, pemilik premis yang dibenarkan beroperasi ini perlu memastikan pelanggan yang datang mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19.
Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap dan boleh masuk ke dalam premis berkenaan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara