Tidak lama selepas mengumumkan bahawa operasi mereka dihentikan di Amerika Syarikat, TikTok kini kembali beroperasi pada awal pagi tadi.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, TikTok mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump yang akan mengangkat sumpah hari ini kerana membenarkan syarikat itu meneruskan operasinya.
Pengaktifan semula operasi TikTok di Amerika Syarikat dilaksanakan secara berperingkat. Walaupun perkhidmatan kembali berfungsi, aplikasi tersebut masih tidak boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store di negara tersebut.
STATEMENT FROM TIKTOK:
In agreement with our service providers, TikTok is in the process of restoring service. We thank President Trump for providing the necessary clarity and assurance to our service providers that they will face no penalties providing TikTok to over 170…
— TikTok Policy (@TikTokPolicy) January 19, 2025
Presiden Trump dijangka akan mengeluarkan perintah untuk melanjutkan tempoh jualan TikTok selama 90 hari lagi sebaik sahaja beliau secara rasmi mengangkat sumpah jawatan Presiden.
Namun begitu, dalam satu hantaran di Truth Social semalam, Trump menyatakan bahawa beliau masih mahukan pemilikan 50% oleh entiti Amerika Syarikat bagi membolehkan TikTok terus beroperasi.
@a1saud That was a long 11 hours ?
Ini adalah selaras dengan permintaan beliau enam tahun lalu yang mengarahkan agar TikTok dijual jika ingin beroperasi di negara tersebut.
Arahan ini dibatalkan selepas beliau tewas kepada Presiden Biden dalam pilihan raya 2020, dan kini hanya pelayar khas yang dikendalikan oleh Oracle digunakan untuk menyimpan data pengguna di Amerika Syarikat.
Pada masa artikel ini ditulis, hanya TikTok yang telah kembali beroperasi, sementara aplikasi seperti Lemon8, CapCut, dan Marvel Snap yang juga mempunyai kaitan dengan Bytedance masih disekat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.