Boleh dikatakan ayam goreng KFC sememangnya menjadi pilihan ramai tidak kira umur seseorang individu tersebut dan baru-baru ini, resepi rahsia ayam itu dikatakan telah terbongkar.
Difahamkan dari sumber Lad Bible, resepi rahsia ’11 herba dan rempas ratus’ yang digunakan untuk ayam KFC telah bocor dan dikatakan ia sudah pun mula diketahui oleh umum sejak tahun 2016 lagi.
Seorang wartawan di Chicago Tribune telah bertemu dengan Joe Ledington iaitu anak saudara Kolonel yang juga merupakan pemilik KFC.
Sewaktu sesi temubual berlangsung, wartawan berkenaan telah mengetahui bahawa senarai resepi rahsia itu ditulis di belakang surat wasiat terakhir ibu saudara Ledington.
Resepi terbabit ditulis dengan tangan menggunakan pen biru bertajuk ’11 Rempah – Campur Dengan 2 Cawan Putih F1′ dan Ledington dengan tenang memberitahu resepi itu adalah resepi disebalik kesedapan ayam goreng KFC.