11 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, Jejas Landasan Dan Perkhidmatan Komuter

Trending

11 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, Jejas Landasan Dan Perkhidmatan Komuter

Terkini, sebuah tren kargo dengan muatan tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga hari ini mengakibatkan kedua-dua landasan berdekatan Stesen Batu Tiga terhalang sepenuhnya.

Dalam kejadian pagi tadi, tren itu katanya dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis menuju ke West Port, Klang tergelincir ketika melalui landasan di KM20.041.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, tiada kemalangan jiwa yang melibatkan kakitangan dan orang awam.

Sumber : Navin Kumar

Sumber : Navin Kumar

“11 daripada 50 gerabak telah tergelincir, manakala 39 gerabak lagi dengan lokomotif tren itu masih berada di atas landasan”

Ujarnya lagi, buat masa ini perkhidmatan KTM Komuter yang melalui kawasan tersebut tidak dapat beroperasi lagi.

Dalam satu kenyataan media, perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan Tanjung Malim ditamatkan di Stesen Subang dan Shah Alam.

Kerja-kerja pembaikan juga sedang dijalankan termasuk usaha pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat.

“Siasatan insiden itu telah dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian itu berlaku”

KTMB juga memohon maaf diatas insiden yang tidak terjangka ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Sebelum mengakhiri sidang, pihak KTMB menyeru orang ramai untuk menghubungi Panggilan KTMB 03-2267 12000 atau layari saluran media baharu KTMB jika mahu mendapatkan maklumat dan info lanjut.

KENYATAAN MEDIA – TREN KARGO TERGELINCIR, PERKHIDMATAN KOMUTER TERJEJAS

Posted by KTM Berhad on Friday, 26 February 2021

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...