(11 GAMBAR)Walaupun Patah Kaki, Seekor Arnab Bernama Abungadi Tidak Patah Semangat

Trending

(11 GAMBAR)Walaupun Patah Kaki, Seekor Arnab Bernama Abungadi Tidak Patah Semangat

Nama arnab ini ialah Abungadi. Dia ialah seekor arnab peliharaan seorang pengguna Reddit yang menggunakan nama BunnyNomNom.


 photo bunny01.jpg
Ikuti kisah perjuangan Abungadi dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

Dia dipelihara sejak masih kecil.
 photo bunny02.jpg
Dia dan seekor lagi arnab bernama Peter sering dibiarkan merayau di halaman rumah pada waktu siang dan duduk di rumah pada waktu malam.
 photo bunny03.jpg
Pada suatu hari, setelah bermain di luar selama dua jam, Abungadi pulang ke rumah dengan kaki terjengkut dan kelihatan sakit. Tuannya segera membawanya berjumpa veterinar. Hasil imbasan X-ray menunjukkan yang tulang peha arnab itu retak di sebelah kanan.
 photo bunny04.jpg

Doktor telah memperbetulkan tulang itu dan mengikatnya dengan dawai.
 photo bunny05.jpg
 Dalam masa 10 minggu, Abungadi lebih banyak berehat dan menjadi semakin manja. Dia tidak hilang selera makan walaupun lebih banyak duduk dalam kandang. Walaupun begitu, Abungadi gemar berdiri apabila kandangnya dihampiri, dan tuannya menyangka ini tidak baik untuk kecederaan yang dialaminya.

 photo bunny06.jpg
 photo bunny07.jpg
 photo bunny08.jpg
Rupa-rupanya kecederaan Abungadi sembuh lebih baik dari yang dijangka. Doktor akhirnya membuang dawai yang mengikat tulangnya.
 photo bunny09.jpg
Kini Abungadi kembali kepada rutin lama, merayau di sekitar rumah bersama Peter untuk mencari makanan. Kakinya boleh digunakan kira 95% dari keadaan asal, walaupun pada mulanya veterinar menjangkakan kaki Abungadi akan menjadi kaku. Semangat yang ditunjukkan oleh Abungadi untuk sembuh dianggap sesuatu yang amat berharga untuk pemiliknya. Kini kawasan rumah telah dibersihkan dari sebarang unsur yang boleh menimbulkan kecederaan kepada Abungadi.
 photo bunny10.jpg


 photo bunny11.jpg
Laporan asal: Reddit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...