Tahniah diucapkan buat penyanyi yang banyak mengharumkan nama negara di persada muzik antarabangsa iaitu Yuna, 30, yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan adik pelakon Ashraff Sinclair, iaitu Adam, 33.
Majlis Pernikahan antara Adam Yousof Mohamed Sinclair dan Yunalis Dato’ Mat Zara’ai hari ini, bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang. Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz.
Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat. Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.
Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang. Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit gambar: Weddings By Qay

Anony
January 29, 2018 at 2:21 pm
Cantikknyaaa pelamin. Seperti di alam fantasi. Cantik sgt.
Congrats Yuna & Adam.
Moga kekal till jannah.
Ini perkahwinan artis yg ke-2 yg aku sukaa selepas Fazura & Fattah.
Cuma aku sikit kecewa Yuna masih nak kekalkan imej turban di hari perkahwinannya. Expectation aku Yuna akan pakai shawl mcm di awal kemunculannya sbg artis dulu. Lebih ayu.
raniagold
January 29, 2018 at 9:36 am
sape la wedding planner nyer.. bunga2 da superb, bju da cantek, view masyaallah tenangnyaa.. tapi apekejadah tangga pelamin tu bersambung cmtu? dgn daun tjuntai kt tetengah tangga. prop ke? spoilll
aku
January 29, 2018 at 8:36 am
cantik landscape tu. sejuk mata memandang. satu kelainan utk pelamin nikah tp mmg superb. takyah la dok kecam sgt. mmg cantik venue nikah & pelamin diorang. that is fact!
Det
January 28, 2018 at 4:10 pm
Background mcm vc katy perry roar la pla. ?. Btw, tahniah my one of feveret artist.
Lili Puteh
January 28, 2018 at 11:45 am
Tahniah Yuna n adam finally… Cantik wedding betul2 tema garden/nature wedding.. Simple n classy.. Usher datang tak hehehe