Tahniah diucapkan buat penyanyi yang banyak mengharumkan nama negara di persada muzik antarabangsa iaitu Yuna, 30, yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan adik pelakon Ashraff Sinclair, iaitu Adam, 33.
Majlis Pernikahan antara Adam Yousof Mohamed Sinclair dan Yunalis Dato’ Mat Zara’ai hari ini, bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang. Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz.
Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat. Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.
Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang. Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kredit gambar: Weddings By Qay