Seorang pengguna Reddit bernama 5FrogMargin pernah bermastautin di Afrika Barat dan sering memandu di sana sebelum pulang ke AS. Beliau mengongsikan beberapa gambar menarik yang diambil sewaktu memandu di jalan raya sana.
Mari mengembara di Afrika!
Gambar ini diambil di Afrika Barat– dan ini ialan van mini yang membawa 15 orang atau lebih penumpang. Beberapa penumpang bergayut di belakang van, manakala 10 orang lagi duduk di atap van. Diambil di Liberia, pasca Perang Sivil, dan undang-undang jalan raya tidak dikuatkuasakan.
Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Perkara pertama yang dilakukan oleh penulis ialah mengisi minyak kenderaan. Tidak semua tempat mempunyai pam bahan api. Selalunya bahan api satu gelen dijual dalam botol kaca (biasanya botol mayonis kosong) –dan ia dijual begitu untuk menunjukkan yang air tidak dicampur dengan bahan api (ini sering dilakukan oleh peniaga korup untuk untung lebih). Untuk mengisi tangki, pekerja akan menghisap Benzin (lupakan amaran tentang keracunan Benzin) yang kemudiannya dituangkan ke dalam tangki.
Jika sesebuah kereta sudah penuh dengan penumpang, satu-satunya cara untuk mengambil lebih penumpang ialah dengan penumpang bergayut di belakang kereta. Ada kalanya kereta yang memandu begini mencapai kelajuan 60 m/j di jalan berlubang.
Nak tukar tayar kereta? Tongkatkan guna dahan pokok saja. Memang mengagumkan bagaimana sesuatu masalah boleh diselesaikan bila tiada alatan yang bersesuaian di Afrika.
Kereta-kereta yang dijumpai di sini hampir kesemuanya model lama yang tidak lagi digunakan di negara lain, jadi cenderung untuk mengalami pelbagai kerosakan. Besar kemungkinan kereta berusia 20 tahun di negara anda dijual di sana sebagai kenderaan setelah anda menjualnya sebagai besi buruk!
Ini ialah bengkel kereta yang dibuat dari besi kereta lama yang diketuk.
Sekali lagi terserlah kegigihan warga Afrika. Lelaki ini menyusun semua barang-barang ini untuk dijual di waktu pagi…hanya untuk mengutip semula semuanya untuk dibawa pulang di waktu petang. Kesemua dari alatan besi, skrew,, wayar dan kepala tong gas.
Kereta tersekat dalam jalan berlumpur? Oleh kerana kebanyakan rakyat Afrika berjalan kaki, ramai yang akan membantu menolak kereta anda.
Ada banyak kambing di jalanan. Buat yang tidak pernah ke sana, untuk pengetahuan, semakin banyak kambing yang anda lihat di jalanan, bermakna anda semakin dekat dengan kawasan bandar.
Jual kambing di pasar dengan membawanya bersama menaiki basikal. Menurut penulis, dia juga pernah melihat dua ekor babi dibawa ke pasar dengan cara ini.
KESESAKAN LALU LINTAS! Biasanya, kambing-kambing ini mengerumuni jalan sejauh hampir sebatu, jadi kesesakan seperti ini mengambil masa kira-kira setengah jam untuk pulih.
Jika anda melihat teksi dipenuhi buah oren, anda mungkin berada di Afrika Barat.
Keranda juga dibawa menaiki teksi.
Jangan buang masa anda meminta bantuan MEREKA-MEREKA ini.
Jika anda melihat sesuatu seperti ini di jalanan, teruskan perjalanan. Ini pemandangan biasa di Afrika Barat, apabila ramai mengambil pendekatan menghukum sendiri penjenayah beramai-ramai. Lelaki ini dibelasah orang ramai kerana mencuri.
Ini adalah cara yang biasa dilakukan oleh pemandu trak untuk melepaskan penat setelah habis perjalanan. Ia juga membolehkan pemandu sedar jika ada sebarang percubaan penjenayah memecah masuk ke dalam treler untuk mencuri.
Sumber: Reddit