Ya memang betullah kata orang kita akan ‘over’ sedikit apabila menerima kehadiran cahaya mata perempuan. Selepas mengabadikan detik-detik awal kelahiran Arissa, anak kedua Abang Nara dengan The Photolicious baru-baru ini, Abang Nara telah menggunakan khidmat Camora Arts untuk merakamkan detik Arissa di rumah pulak. Hehehe. Excited tak ingat jugak diri ini rupanya.
Seronok juga melihat aksi team Camora Arts menggunakan pelbagai hiasan untuk menaikkan lagi seri Arissa di dalam gambar bidikan mereka. Siap ada bola lagi bersempena dengan Piala Dunia 2014. Salah satu kelebihan Camora Arts ialah kehadiran Zara Haleena selaku boss yang amat mesra. Walaupun baru berjumpa, rasa macam dah berkawan 5,6 tahun. Zara memang cepat mesra, kelakar dan sentiasa sabar melayan karenah kami.
Untuk photoshoot Arissa ini, Camora Arts telah bekerjasama dengan beberapa usahawan kreatif, misalnya semua knitting hat ni seperti “Fire Fighter Hat” (Bomba) dan “Chimney Pot Hat”(Biru) ditempah khas dari www.facebook.com/HannahSewingknitting. Manakala segala headband yang comel-comel ini zara tempah di instagram.com/headband.forlove dan akhir sekali tutu pink yang comel ini disponsor oleh instagram.com/zara_tutuskirt. Comel kan? Kalau berminat bolehlah hubungi mereka terus.
Khas untuk anda yang berminat mendapatkan khidmat fotografi untuk anak yang bakal lahir, Camora Arts sekarang ini sedang mengadakan promosi yang amat hebat. Sangat berbaloi-baloi pada pandangan Abang Nara. Hanya dengan RM1,100 anda akan dapat mengabadikan detik-detik awal kelahiran si comel anda.
Maklumat lanjut bolehlah hubungi mereka di www.facebook.com/Camora.Arts. Lagi beberapa gambar anak Abang Nara yang comel hasil bidikan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.