September 19th, 2016

Tanggal 17 September lepas, sebuah majlis resepsi perkahwinan di pihak Nazim Othman pula telah berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan tema tradisional Melayu di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.

Ramai yang terpukau melihat busana songket berwarna “maroon” Nazim dan Bella yang direka khas oleh Rizman Ruzaini. Tidak kami nafikan ia menaikkan lagi seri pengantin.

Terdapat juga persembahan tarian zapin di majlis berkenaan yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua mempelai, sanak-saudara dan rakan artis.

Penyanyi Dayang Nurfaizah turut menghiburkan pengantin dan tetamu yang hadir pada malam berkenaan.

Alhamdullilah kedua-dua majlis resepsi perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally berjalan dengan lancar dan meriah. Semoga mereka berdua akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Memang ibarat pinang dibelah dua bukan?

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : project2pi

whitebox

P.S: Nak anjurkan majlis kahwin, parti hari jadi, family gathering atau sebagainya? Meriahkan lagi sebarang acara anda dengan photobooth daripada Whitebox KL. Confirm para tetamu akan lebih gembira dan anda juga akan dapat mengabadikan detik istimewa di hari tersebut. Paling penting semuanya unlimited printing dengan harga yang amat berpatutan. Cuba tengok hasil mereka di Instagram @WHITEBOX_KL atau terus hubungi 016-556-4408 untuk bertanya lebih lanjut.


Comments are closed.

Loading...