11 April Ini, Kejutan Super Duper Awesome Menanti Anda di NU Sentral Bersempena Ulangtahun Pertama 11street

Hiburan

11 April Ini, Kejutan Super Duper Awesome Menanti Anda di NU Sentral Bersempena Ulangtahun Pertama 11street

Apa plan anda pada 11 April 2016 Isnin petang nanti? Tak ada buat apa-apa? Bagus!!! Sebab Abang Nara nak ajak korang beramai-ramai pergi ke NU Sentral bersempena dengan ulangtahun pertama 11street dengan karnival bertemakan ‘Shocking Deals Come to Life”.

11street

Advertisement

Bermula jam 11 pagi sehingga 10 malam, 11street akan memastikan anda terhibur sepanjang hari di NU Sentral lebih lebih lagi dengan kehadiran duta terbaru 11street iaitu Zizan Razak dan Elizabeth Tan. Elizabeth Tan akan membuat persembahan live pada hari tersebut. Zizan Razak pula confirm akan menggeletek hati anda dengan lawak-lawaknya. Semua yang hadir pasti akan terhibur. Abang Nara diberitahu Zizan dan Lizzy akan membuat penampilan mulai jam 6 petang, tapi Abang Nara nasihatkan korang datang awal untuk dapatkan tempat duduk yang best. Untung-untung dapat salam dengan Zizan dan Elizabeth Tan.

Tema acara 11street kali ini iaitu ‘Shocking Deals Come to Life’ menonjolkan asset unik 11street iaitu ‘Shocking Deals’, jaminan harga terendah.Buat yang tak ingat, produk-produk yang dijual menerusi Shocking Deals adalah dijamin harga terendah jika dibandingkan dengan website shopping lain. Kalau korang jumpa website yang menawarkan harga yang lagi murah, boleh dapat balik refund. Abang Nara pernah ceritakan dengan lebih details tentang Shocking Deals di sini. Bolehlah baca untuk refreshkan kembali memori korang.

11street

contoh Shocking Deals yang terbaru

Selain daripada kelibat Zizan Razak dan Elizabeth Tan, ada pelbagai permainan, cabutan bertuah dan juga kupon diskaun untuk membeli-belah di 11street.my Permainan2 di karnival tu bertemakan ‘Shocking’. Nampak menarik kan? Kalau nak tahu kenalah singgah dengan kawan-kawan, pakwe/makwe/laki/isteri dan keluarga tercinta untuk melihat sendiri keawesomean karnival 11street ini. Abang Nara berani jamin korang akan puas hati punya.

11street

Dari segi tawaran 11street pula, yang paling penting adalah pelancaran Shocking Deal ekslusif bersama dengan Celcom Xpax. Dengar cerita ganjaran dan promosi yang bakal diberikan kesemuanya hebat-hebat belaka. Memang rugilah jika anda tidak hadir. Abang Nara dah freekan jadual semata-mata untuk merasai sendiri kemeriahan hari tersebut. Tak sabar rasanya. Abang Nara dah freekan jadual semata-mata untuk merasai sendiri kemeriahan hari tersebut. Harap-harap korang pun sudi hadir. Lagi ramai lagi meriah beb!!!
11street

Hari itu juga ada pemberian hadiah untuk pemenang bertuah yang akan mendapat peluang untuk menaiki helikopter melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur bersama Elizabeth Tan dan juga Zizan Razak. Lepas itu dapat naik limosine dan pergi makan malam bersama duta baru 11street ini. Pergh. Peluang sekali seumur hidup. Mesti akan jadi kenangan terindah buat selamanya. Naik helikopter tue!!!

Khas untuk pembaca BeautifulNara, 111 orang yang pertama menghantar penyertaan dengan menggunakan borang di atas (jangan lupa letak email anda) akan memperolehi kupon 11street bernilai RM11 bersempena dengan ulangtahun pertama www.11street.my. Pastikan korang merupakan pengguna berdaftar 11street sebelum join contest mudah ini. Cepat-cepat join sebab kupon hanya valid selama sebulan bermula hari ini! Pesanan Abang Nara, nak dapat ganjaran lebih lagi , kenalah hadir ke sambutan ulangtahun pertama 11street di NU Sentral pada 11 April ini. Kita jumpa di sana!!! Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti Facebook 11street dan juga Instagram 11street. Kita jumpa di sana!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...