Labubu… Labu… Labu.. Labubuuu…
Pergi mana-mana sekarang tak sah kalau tak nampak orang gantung Labubu dekat beg. Punyalah hebat penangan Labubu ni hinggakan kanak-kanak ke orang dewasa berebut nak beli.
No wonderlah cepat habis lepas tu orang “mark up” harga!
Baru-baru ni pula ada naik dekat FYP kami video seorang Youtuber Malaysia-British, Mark O’dea, yang konon nak buat surprise untuk girlfriend dia yang minat Labubu. Tapi, girlfriend dia bukan suka malah si Mark ni kena marah sebab tak dapat beli Labubu yang asli.
Nasiblah Mark!
Tonton video Mark untuk melihat reaksinya!
@beautifulnaraLelaki dekat luar sana, kami yakin mesti korang pernah mengalami situasi ini betul tak? Bukan apa, punyalah dah letak effort nak surprise teman wanita, sekali tak menjadi pula.😲😓 Haa, untuk wanita tengah baca ni, cuba explain sikit apa sebenarnya yang korang harapkan bila teman lelaki korang nak buat surprise untuk korang.🧐♬ original sound – Beautifulnara.com
Laaa.. Rupanya, ini video “prank” Mark je nak up isu #LowyaltyEra, di mana dia nak beri lebih beri perhatian dan ajak orang ramai untuk check kepada harga dan aspek lain dalam membuat pembelian bijak, termasuk penjagaan diri.
Apa Tu #LowyaltyEra?
Kalau korang nak tau, #LowyaltyEra ni merupakan kempen yang dilancarkan oleh 11.11 Jualan Terbesar Lazada.
Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan kita semua memilih platform beli-belah yang menawarkan diskaun lebih berbaloi berbanding sekadar setia pada platform yang biasa kita gunakan.
Pernah tak korang berada dalam situasi, beli barang dekat platform yang sama sebab dah terbiasa? Padahal ada je platform yang boleh tawarkan lebih penjimatan dan barangan yang berkualiti contohnya macam dekat Lazada!
Kalau korang yang teliti, korang mesti akan perasan yang Lazada selalu menawarkan harga barangan yang lebih menarik.
Jadi, daripada setia pada satu platform, lebih baik setia pada poket dan akaun bank korang!
Tawaran 11.11 Jualan Terbesar Lazada Yang Tak Boleh Dilepaskan!
Pada yang dah plan nak shopping sempena 11.11 ini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Baucar Kempen Lazada!
Lazada bukan saja menawarkan diskaun hingga 90%, tapi ada kempen baucar sehingga RM1,111. Semua pembelian juga layak untuk penghantaran percuma! Inilah time nak beli barang yang korang idam-idamkan pada harga berpatutan!
Bukan itu sahaja! Lazada juga menyediakan hadiah bernilai lebih RM8,000 untuk dimenangi! Hanya perlu sertai cabaran #LowyaltyEra di TikTok, dan anda berpeluang menang!
Hadiah Yang Ditawarkan:
Hadiah Utama x1: Apple iPhone 16 (White 128GB), bernilai RM3,999
Hadiah Kedua x1: Dyson Supersonic HD15 Hair Dryer, bernilai RM2,355.68
Hadiah Ketiga x1: La Mer – The Soft Cream Moisturizer 100ml, bernilai RM1,950
Hadiah Saguhati x4:
– JBL Go 3 Portable Waterproof Bluetooth Speaker, bernilai RM151.60
– Apple Air Tag, bernilai RM149.74
– Logitech K380 Wireless Keyboard, bernilai RM126.73
– Hydro Flask Tumbler With Straw Lid Agave, bernilai RM149.98
Cara Penyertaan:
Langkah 1: Ikuti akaun rasmi TikTok @lazada_my.
Langkah 2: Ambil gambar atau video bertemakan #LowyaltyEra.
Langkah 3: Muat naik konten anda di TikTok dengan hashtag #LowyaltyEra #LazadaMY
7 peserta paling kreatif akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah di atas! Peraduan ini telah bermula dan akan berakhir pada 13 November!
Jadi, kepada yang berminat, cepat-cepat sertai!
Peraduan ini hanya diadakan di TikTok. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk lebih banyak info terkini mengenai jenama ini, anda boleh ikuti Lazada di [Facebook] [Instagram] [TikTok].