Untuk info ramai, pada 22 Mac lalu, keluarga seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17 terpaks lalui detik sedih selepas anak lelaki mereka itu menghembuskan nafas terakhir selepas dianiaya dengan 13 orang rakan asramanya.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas berlakunya tuduhan bahawa arwah Nazmie telah mencuri wang sebanyak RM30 dan RM50.
Arwah Nazmie dipukul secara fizikal oleh 13 pelaku sejak malam 21 Mac, sebelum warden asrama menemui pelajar Bioteknologi tersebut sudah tidak bernyawa dan lebih menyayat hati, arwah telah pun meninggal dunia 2 jam sebelum ditemui.
Perkembangan terbaru, Pakar Patologi mengatakan sebanyak 107 kecederaan disebabkan trauma tumpul telah ditemui di sekitar tubuh mayat Nazmie.
Tambahannya lagi, impak kecederaan yang terjadi bahagian tisu lembab dan dada arwah merupakan punca pemergiannya.
Dalam pada itu, timbul juga isu mengenai ahli keluarga tertuduh mengugut saksi yang terlibat dalam proses perbicaraan dan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Tawai, Datuk Duncan Sikodol memberi amaran tegas agar perkara itu tidak berlaku lagi, jika tidak keluarga tertuduh tidak dibenarkan hadir ke mahkamah di masa akan datang.