104,000 Individu Seluruh Dunia Tandatangan Petisyen Untuk Pemanah Anjing Diambil Tindakan Tegas

Trending

104,000 Individu Seluruh Dunia Tandatangan Petisyen Untuk Pemanah Anjing Diambil Tindakan Tegas

Sebelum ini, kami telah melaporkan tentang kisah seekor anjing yang dipanah dua kali oleh seorang lelaki di Taman Sinaran di Taming Jaya. Lelaki itu telah memanah dua kali seekor anjing di luar pagar rumahnya, mendakwa anjing itu berdiri di situ dan enggan pergi. Lelaki itu juga mendakwa memanah anjing itu untuk keselamatan anak-anaknya dan bertindak mengikut naluri.

Bagaimanapun, seorang jiran lelaki itu yang dikenali sebagai Allan Chong telah mengusahakan untuk mendapatkan rawatan bagi anjing tersebut . Satu anak panah tertusuk di kaki depan dan satu lagi di belakangnyadan hasil pemeriksaan mendapati anjing itu buta sebelah mata dan sakit. Anjing itu yang diberi nama Brianna, menurut beberapa saksi hanya berdiri di luar pagar dan tidak mengancam sesiapa.

Advertisement

Seorang rakyat Malaysia telah membuat satu petisyen dalam talian untuk melobi bagi tindakan tegas diambil kepada lelaki yang memanah tersebut. Dalam masa lebih seminggu, lebih 104, 000 tandatangan individu seluruh dunia telah direkodkan pada petisyen itu, yang menuntut pihak berkuasa Malaysia melakukan sesuatu sebagai keadilan buat anjing yang telah mati itu dan bagi membendung kekejaman terhadap haiwan di negara ini.


Petisyen ini telah dimuat turun dan dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 23 Mei lepas melalui e-mel dan juga laman Facebook beliau.

Satu badan bukan kerajaan kebajikan anjing di Malaysia iaitu Malaysian Dogs Deserve Better juga telah mengadakan satu perjumpaan antara individu seluruh Malaysia di sebuah kafe di Petaling Jaya pada 24 Mei lepas sebagai memorial untuk memperingati Brianna.

Seperti kata Mahatma Ghandi, moraliti satu-satu negara boleh disimpulkan melalui bagaimana masyarakat negara itu melayan haiwan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai belas kasihan dan rasa tanggungjawab untuk tidak menganiaya sesama makhluk, kekejaman terhadap haiwan yang tidak melakukan apa-apa kesalahan tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita.

Silakan tandatangan atau kongsikan petisyen ini untuk mendapatkan keadilan buat Brianna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...