101 Notis Dikeluarkan MBSA Kepada Pemilik Premis Bina Struktur Tambahan Tanpa Kebenaran

Trending

101 Notis Dikeluarkan MBSA Kepada Pemilik Premis Bina Struktur Tambahan Tanpa Kebenaran

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan 101 notis terhadap pemilik premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh sejak dua hari lepas. Ia bagi kesalahan membina struktur tambahan pada bangunan tanpa kebenaran.

Timbalan Datuk Bandar MBSA Mohd Rashidi Ruslan berkata, kesemua notis yang dikeluarkan itu adalah di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Advertisement
Menurutnya notis itu dikeluarkan hasil pemeriksaan, yang mendapati ada premis kilang, restoran serta rumah kedai melakukan kerja-kerja tambahan pindaan tanpa kelulusan MBSA seperti membina ‘awning’ (pelindung matahari), dinding, binaan lantai, bahu jalan dan lain-lain struktur.
MBSA keluar 101 notis kepada pemilik premis bina struktur tambahan ...

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.

Selain itu, Mohd Rashidi berkata beberapa struktur binaan tambahan yang tidak mendapat kebenaran itu telah dirobohkan semasa operasi berkenaan.

Di dalam operasi itu juga, pemeriksaan terhadap gerai yang beroperasi tanpa kebenaran di bahu jalan, yang didapati mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas dan membangkitkan isu keselamatan pengguna jalan raya.

“Dalam tempoh yang sama, 19 premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan oleh warga asing disita di sekitar kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.”

25 premis perniagaan tanpa lesen yang diusahakan oleh warga tempatan turut diambil tindakan dari awal tahun ini sehingga bulan lepas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...