Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan 101 notis terhadap pemilik premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh sejak dua hari lepas. Ia bagi kesalahan membina struktur tambahan pada bangunan tanpa kebenaran.
Timbalan Datuk Bandar MBSA Mohd Rashidi Ruslan berkata, kesemua notis yang dikeluarkan itu adalah di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.
Selain itu, Mohd Rashidi berkata beberapa struktur binaan tambahan yang tidak mendapat kebenaran itu telah dirobohkan semasa operasi berkenaan.
Di dalam operasi itu juga, pemeriksaan terhadap gerai yang beroperasi tanpa kebenaran di bahu jalan, yang didapati mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas dan membangkitkan isu keselamatan pengguna jalan raya.
“Dalam tempoh yang sama, 19 premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan oleh warga asing disita di sekitar kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.”
25 premis perniagaan tanpa lesen yang diusahakan oleh warga tempatan turut diambil tindakan dari awal tahun ini sehingga bulan lepas.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.