Kontroversi dan skandal Hollywood melibatkan Sean P. Diddy berkenaan kes jenayah seksual dan pemerdagangan seks melibatkan rakan-rakan artis negara menjadi tular sejak awal bulan lalu.
Masih diperkatakan sehingga kini, peguam mewakili tampil membuat kenyataan setelah pihak berkuasa menemui 1,000 botol minyak bayi di kediaman penyanyi itu.
Marc selaku peguam Diddy berkata dia tidak mengetahui sebab anak guamnya menyimpan sebanyak itu minyak bayi dan hanya dimaklumkan selepas rampasan dilakukan.
Saya tidak tahu dari mana angka 1,000 itu datang. Saya juga tak dapat bayangkan jumlahnya mencecah ribuan boto.
Marc juga berkata dia tidak pasti apakah kaitan dan penggunaan minyak bayi tersebut dengan aktiviti haram yang didakwa dilakukan Diddy.
Sebenarnya saya tak pasti apa kaitan minyak bayi dengan semua ini. Saya juga tidak tahu apa keperluan memiliki sebanyak 1,000. Satu botol minyak bayi sahaja sudah cukup tapi mengapa perlukan sehingga 1,000.
Diddy yang ditahan pihak berkuasa atas dakwaan pemerdagangan seks, pemerasan dan pelacuran di penjara New York telah menarik perhatian ramai orang di seluruh dunia gara-gara nama Justin Bieber turut terpalit sama dan didakwa menjadi mangsa sumbang laku Diddy sebagai syarat untuk menjadi terkenal dan popular.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.