100 Pelajar ‘Terpaksa’ Ponteng Sekolah Di Hari Pertama, Tren KTM Tak Berhenti Di Stesen

Berita

100 Pelajar ‘Terpaksa’ Ponteng Sekolah Di Hari Pertama, Tren KTM Tak Berhenti Di Stesen

Seramai 100 pelajar dari Kampung Kuala Gris dilaporkan tidak hadir ke hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Kuala Krai, Kelantan, semalam lapor Kosmo.

Ia berikutan kereta api yang menjadi pengangkutan utama  ereka tidak berhenti di hentian Kuala Gris. Jika diikutkan jadual, kereta api tersebut sepatutnya berhenti di stesen tersebut pada jam 6.59 pagi dan tiba di Dabong lebih kurang 20 minit.

Advertisement

Bagaimanapun, pelajar dikatakan tetap setia menunggu sehingga jam 7.30 pagi sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing.

KTM ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan kejadian itu dan bakal menjalankan siasatan lanjut dengan teliti.

Pengurus Wilayah Timur akan mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah dan penghulu untuk membincangkan perkara ini.”

Sesi persekolahan di Kelantan belrmula sejak semalam selepas negeri itu memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BACA: “Hantar Private Atau International School” – Ibu Kena Perli Sebab Memilih Nak Tandas Duduk Di Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo