Penduduk-penduduk di Sabah berpeluang untuk menyaksikan persembahan live kumpulan vokal berbakat besar, Putera, di Konsert Koir Kebangsaan “Cintakan Kedamaian” pada pukul 2.30 petang dan 7.30 malam Sabtu ini di Kompleks JKKN Sabah (bersebelahan Perpustakaan Negeri). Kumpulan ini terdiri dari Fizy (Tenor 1),Ezwan (Tenor 2), Izaaq (Baritone) dab Amri (Bass) akan membuat persembahan buat julung kalinya di negeri Sabah.
Merupakan Naib Juara Bakat TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lepas, Putera bakal mempersembahkan lagu Mama di konsert ini yang menampilkan Koir Kebangsaan Malaysia. Sekiranya anda masih belum pernah menyaksikan persembahan Putera, boleh disaksikan di sini:-
Ini pula gambar-gambar dari persembahan Putera di program Hello On Two di TV2 beberapa hari lepas.


sponge bob
April 12, 2012 at 6:30 pm
ehhhh yg rmbut style mawi tu cikgu amri lahhh…pnh mgajar kt smkBTS tahun 2001..masih hensem cikgu rupanya…
ck slmh
April 12, 2012 at 1:23 pm
ni rancangan megi hot cup ke hape?
baru masuk sini
April 12, 2012 at 1:22 pm
adoyai..korang..apsal jeles sgt..suke hati Nara lah oi die nk post pe..xslh pun nk perkenalkan PUTERA nih..skurang2nye lebih elok dr nk post org pki seksi2 je..kurang pahala..ye dok?