June 5th, 2017

Assalamualaikum….Dalam tak sedar, bulan puasa semakin meninggalkan kita. Ada yang sedih mahupun gembira. Walau apa pun, kita kena sambut dengan penuh keikhlasan dan menyambut syawal dengan kegembiraan. Sebut pasal syawal mesti ada diantara kita yang dah sibuk google mana nak beli, apa trend terkini dan mesti nak yang gempak pagi raya kan. Ni nak habaq tips dan trend yang korang boleh guna pakai raya nanti.

nile baju raya

Ni salah satu baju yang mengikut trend terkini. Korang tengok Emma Maembong pun pakai baju macam ni. Baju jenis sweatshirt macam ni dah berevolusi bersesuaian dengan gaya muslimah. Korang nampak patch kat baju tu? Barula hipster sikit raya korang.

nile baju raya

Ni pulak trend kebaya moden yang dipakai oleh Nadya Syahera. Kenal tak? Mesti kenal punya. Korang peminat drama melayu kan. Kalau zaman dulu mesti nak padankan dengan kain batik sarung/songket. Tapi yang moden macam ni nak pakai dengan seluar pun boleh. Lagi cun kalau padankan dengan palazo.

nile baju raya

Ni pulak baju untuk korang yang minat gaya feminine+klasik. Ruffle kat tangan membuatkan korang nampak lebih style. Untuk baju macam ni, korang kena pilih warna-warna lembut takpun warna pastel. Barulah boleh memikat hati bakal mak mertua korang . Hihihi

nile baju raya

Untuk korang yang nak nampak lain dari yang lain, korang boleh cuba style kontemporari dan vintage macam ni. Cutting baju yang agak labuh lebih sesuai digunakan untuk mengekalkan ciri muslimah. Cukup-cukuplah corak baju je barat kan.

nile baju raya

Ni lagi satu design kalau korang nak kelainan masa raya. Nampak macam pakai dua lapis warna yang sama kan. Luar tu ala-ala cardigan gitu. Barula raya korang boom. Tambah pulak dengan aksesori dan beg tangan yang sesuai.. Lagi boom

nile baju raya

Cuba korang tengok yang ni pulak. Ala-ala saloma kan. Trend yang cukup popular pada sekitar tahun 50an diberi nafas baru. Kalau zaman dulu nak pakai baju macam ni mesti nak kena kurus. Betul tak? Untuk baju ni korang tak payah risau kalau korang bersaiz besar.

nile baju raya

Rekaan baju jenis fishtail macam ni pulak sesuai untuk korang yang nak nampak kurus walaupun dah masuk pertengahan bulan raya. Maklumlah dah banyak sangat korang makan lemang dengan rendang. Baju jenis ni korang boleh pakai untuk pelbagai majlis. Bukan raya je tau. So tak rugi beli macam ni.

nile baju raya

Ini pulak baju yang sesuai dipakai ketika majlis rumah terbuka atau jamuan hari raya. Design overlap menampakkan korang kelihatan lebih ranggi dengan menambahkan lagi aksesori seperti topi dan boot. Jangan salahkan orang yang design baju ni kalau korang kena ngorat nanti. Hahaha

nile baju raya

Perhatikan corak bunga floral Embroidery yang ada pada baju ni, nampak cantik kan bila dipadankan dengan baju yang mempunyai jalur-jalur seperti ni. Selain daripada cantik, design jalur menegak macam ni boleh buat korang nampak lebih tinggi dan kurus.

nile baju raya

Okay, ni gaya yang last untuk kali ni. Jubah menggantikan baju kurung. Untuk raya kali ini, apa kata korang guna jubah. Nak cari jubah tu biarlah yang ada kelainan sikit. Sesuai dengan corak, warna dan saiz korang. Jangan asik nak warna hitam je kalau beli jubah. Macam boria dah raya korang.


Comments are closed.

Loading...