10 Termasuk 8 Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Di R&R USJ

Berita

10 Termasuk 8 Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Di R&R USJ

Kejadian kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, malam tadi, 10 individu termasuk 8 kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan.

Menerusi laporan Kosmo, mangsa maut melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita, dan selebihnya merupakan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Advertisement

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya.

Kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)Sumber : Bernama 

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, kejadian tersebut melibatkan sebuah treler, dua buah Proton Wira dan sebuah Perodua Axia.

Kita menerima panggilan pada pukul 11.42 malam dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi.

Sebuah peralatan khas dan kren telah digunakan untuk mengeluarkan mangsa dan mengangkat tren yang terlibat. 10 mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Norazam turut berkata operasi telah ditamatkan pada jam 2.40 pagi.

Selian itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Sharnaaz Ahmad sang bara
3 years ago

"MLM 2021 'Low' Dari Setiap Peserta, Dari Skala 10 Saya Bagi 5.35 Je.." - Sharnaaz Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...