10 Tempat Kos Sara Hidup Rendah Untuk Anda Berhijrah Pada 2018 Menurut Live and Invest Overseas

Trending

10 Tempat Kos Sara Hidup Rendah Untuk Anda Berhijrah Pada 2018 Menurut Live and Invest Overseas

10. Da Nang, Vietnam

Da Nang merupakan bandar ketiga terbesar di Vietnam, ia merupakan sebuah bandar yang menarik dengan suasana seakan 90s dengan bangunan yang bersejarah. Kos sara hidup untuk pasangan pula hanya $1,175(RM4,673)/sebulan, bandar ini juga merupakan bandar yang sedang membangun dimana menjadi tumpuan kepada golongan usahawan untuk beroperasi di bandar tersebut.

Advertisement

9. Bali, Indonesia

Bali merupakan pusat pelacongan yang terkenal di Indonesia. Bandar kecil Sanur merupakan tempat yang sesuai untuk berhijrah kerana bandar ini sangat terasing dari kesibukan pelancongan di Bali. Walaupun jauh dari kesibukan pelancong ke Bali, anda tetap boleh menikmati keindahan dan kemudahan yang sama seperti pelancong. Kos sara hidup di Bali untuk pasangan adalah $1,671(RM6,646)/sebulan

8. Playa del Carmen, Mexico

Playa del Carmen merupakan bandar berpantai di Mexico yang dahulunya adalah kampung nelayan. Namun tempat ini sekarang merupakan kawasan yang mempunyai 10,000 orang asing yang menjadikan bandar kecil ini sebagai rumah mereka. Ia merupakan kawasan yang paling selamat di Mexico. Ia juga mempunyai ekonomi yang stabil dimana orang asing yang tinggal di sini menjalankan perniagaan seperti bar & restaurant, mengajar bahasa English dan menguruskan hartanah. Ia juga dilengkapi dengan International School yang diasaskan oleh orang asing yang tinggal di situ.

Malah bandar kecil ini juga mempunyai 12 Supermarket dan dua kedai rantaian Walmart. Kos sara hidup di bandar kecil ini hanya $2,000(RM7,955)/sebulan atau kurang untuk pasangan termasuk sewa rumah dan bill utility yang lain.

7. Ljubljana, Slovenia

Slovenia merupakan negara yang terletak di tengah eropah, negara ini mendapat kemerdekaan pada 1991 dan menyertai EU pada 2004. Negara ini juga dikenali sebagai salah satu negara di dunia yang menyediakan pendidikan percuma untuk rakyat mereka serta orang asing yang menetap di negara mereka.

Ljubljana merupakan ibu negara untuk Slovenia, ia merupakan bandar yang serba modern pada hari ini. Bandar ini juga mempunyai access yang mudah ke pantai, ladang dan ski resort. Ia juga hanya mengambil masa 2 setengah jam untuk je Venice. Ia bagaikan negara yang sering kita dengar melalui cerita dongeng puteri salju dimana bandar ini dikelilingi dengan kawasan yang menarik seperti Tasik Bled, Pulau Bled, Istana Bled. Kos sara hidup untuk pasangan Ljubljana adalah serendah $1,059(RM4,212)/sebulan

6. Abruzzo, Italy

Abruzzo merupakan bandar kecil yang bersejarah di Itali. Selain mempunyai nilai sejarah, bandar ini juga mempunyai pemandangan indah gunung bersalji dimana penduduk boleh menikmati aktiviti ski. Tumpuan utama di bandar ini adalah Città Sant’Angelo, iaitu gereja yang bersejarah di bandar tersebut. Pasangan boleh hidup di bandar ini dengan kos sara hidup hanya $1,400(RM5,568)/sebulan atau kurang termasuk sewa rumah.

5. Saint-Chinian, France

Bandar yang terletak di selatan Perancis merupakan bandar yang menarik dan mempunyai pemandangan kampung yang indah. Sebuah bandar yang strategic dimana anda boleh pergi makan malam di Sepanyol dan pergi ke Paris dengan 3 jam pejelanan sahaja. Industry utama di bandar ini adalah menghasilkan wine dan hartanah. Untuk pasangan yang tinggal di sini, kos sara hidup hanya $1,628(RM6,475)/sebulan termasuk sewa dan pembelanjaan harian. Anda boleh hidup tanpa menggunakan kereta di bandar ini kerana pengangkutan awamnya yang sangat baik.

4. San Pedro, Ambergris Caye, Belize

Ia merupakan bandar perkampungan nelayan yang terletak di Ambergris Caye. Pengangkutan utama di bandar ini adalah kereta golf. Bandar ini juga mempunyai hotel lima bintang, kondo mewah, restaurant, gallery seni dan supermarket. Walaupun harga hartanah di tempat ini sngat mahal, namun ia masih relevant berbanding hartanah di kepulauan Caribbean yang lain. Kos sara hidup di sini hanya sekitar $1,965(RM7,815)/sebulan termasuk sewa dan pembelanjaan harian.

3. Santo Domingo, Dominican Republic

Negara ini merupakan negara yang mempunyai ekonomi cepat membangun berbanding negara Amerika Latin yang lain. Bandar pelabuhan ini menjadi tumpuan dalam pelaburan pelancongan dengan pembukaan JW Marriott, Intercontinental dan Hard Rock Hotel. Pembangunan ini memberikan infrastruktur yang modern kepada bandar tersebut seperti restaurant lima bintang, shopping mall dan panggung wayang. Kos sara hidup untuk pasangan adalah $1,450(RM5,767)/sebulan termasuk sewa dan makanan.

2. Cali, Colombia

Tahun lepas Medellín merupakan bandar yang berada di ranking atas untuk melakukan penghijrahan. Tahun ini Cali menjadi tumpuan apabila kadar sewa du bandar itu 23% ke 30% lebih murah berbanding di Medellín. Bandar yang terletak di altitude 3,300 kaki ini memberikan suasana yang menarik. Bandar ini merupakan bandar pertanian dan mempunyai penduduk yang mesra. Kos sara hidup untuk pasangan tinggal di Bandar Cali ini hanya $987(RM3,925)/sebulan termausk sewa. Dan anda boleh membeli rumah yang mempunyai 3 bilik, 2 bilik air di kawasan yang strategic pada harga serendah $45,100(RM179,000).

1. Lisbon, Portugal

Bandar ini serta Portugal menawarkan kos sara hidup yang paling rendah di Barat Eropah. Lisbon merupakan bandar yang pesat membangun dengan menawarkan suasana hidup yang selamat. Bandar ini juga merupakan bandar yang membawa gaya dengan bangunan ikonik, taman bunga, jalan raya yang bewarna warni dan pemandangan pantai yang memaparkan hasil seni. Dengan budget yang rendah, anda boleh menjalani hidup di bandar ini dengan kos sara hidup yang serendah $1,300(RM5,170)/sebulan termasuk sewa makanan dan utility lain. Jika ingin membeli apartment, cost untuk sebuah apartment di kejiranan kos rendah hanya pada harga $90,000(RM358,000)

Sumber: Forbes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...