“10 Tahun Tunggu, Hari Ini Aku Cuma Jadi Kenangan” – Suami Naik Pelamin Dengan Wanita Lain, Netizen Simpati Dengan Nasib Si Isteri

Hiburan

“10 Tahun Tunggu, Hari Ini Aku Cuma Jadi Kenangan” – Suami Naik Pelamin Dengan Wanita Lain, Netizen Simpati Dengan Nasib Si Isteri

Satu perkongsian daripada seorang wanita bergelar isteri di Facebook baru-baru ini telah mencuri tumpuan ramai netizen gara-gara kesedihan yang dikongsikan itu telah meruntun hati ramai pihak terutamanya mereka yang bergelar isteri.

Dalam perkongsian itu, wanita berkenaan bercerita mengenai detik awal pernikahan dia bersama suami yang diraikan secara ala kadar kerana kedua-duanya masih belajar dan ingin menghalalkan perhubungan yang dibina pada ketika itu.

Advertisement

Wanita itu menulis bahawa dia dan suami pernah berjanji untuk bersanding sekali lagi setelah semuanya ‘senang’ dan mampu namun tidak kesampaian.

kahwin lain

10 tahun menanti, akhirnya ‘impian’ itu terlaksana namun ujar wanita itu, bukan dia yang berdiri di sebelah suami bersanding seperti pengantin baru tetapi suri hati baru pasangannya itu.

Difahamkan, suaminya telah bernikah baru kerana alasan sunyi selama bernikah dengan dirinya.

Menganggap dirinya hanya sekadar menjaga jodoh orang lain, wanita itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap suami yang membuang anak-anak setelah bernikah baru malah dianggap perampas oleh mereka itu.

kahwin lain

Namun begitu, wanita itu memilih untuk terus kuat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen berbaur simpati dengan nasib yang dialami wanita itu.

Ramai meminta agar wanita itu terus kuat dan menitipkan doa buatnya agar dipermudahkan urusan di masa hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kosmetik pempengaruh terkenal tak laku
3 days ago

"'Owner' Asyik Bercinta.." - Host Kerap Buat 'Live' Habiskan Stok, Jenama Kosmetik 'Influencer' Terkenal Dikritik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...