10 Tahun Terlambat, Wang Simpanan KWSP Puan Afiza Sudah Kosong Sejak 2016 – “Suami Durjana, Semoga Ayah & Isteri Kedua Dapat Kifarah!”

Kehidupan

10 Tahun Terlambat, Wang Simpanan KWSP Puan Afiza Sudah Kosong Sejak 2016 – “Suami Durjana, Semoga Ayah & Isteri Kedua Dapat Kifarah!”

Baru-baru ini, tular di platform media sosial kisah sedih mengenai seorang wanita bernama Afiza Awang, 50, didakwa telah dilarikan oleh suaminya sendiri.

Difahamkan daripada pihak keluarga, Afiza sebelum ini bekerja sebagai pramugari sebelum dirinya ditimpa masalah kesihatan dan diasingkan dari dunia luar sejak tahun 2015.

Advertisement

Menantu terkejut wang simpanan KWSP ‘kosong’

Umumnya, Afiza sudah layak untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP sejak 1 Julai lalu dan disebabkan bimbang duit itu digunakan oleh suami, pihak keluarga wanita itu berusaha mengesan keberadaan Afiza.

Bagaimanapun, hal yang mengejutkan telah berlaku selepas menantu Afiza iaitu Omar Rizal pergi ke pejabat KWSP di Petaling Jaya dan  mengetahui semua wang simpanan KWSP wanita itu selama dirinya bekerja sudah dikeluarkan sejak tahun 2016.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Omar H. Rizal (@omag0d)

Angka di dalam akaunnya kosong, malah sama sekali tiada wang simpanan KWSP lagi dan memandangkan Afiza memegang status Orang Kelainan Upaya (OKU), proses pengeluaran wang simpanan KWSP tidak mempunyai had umur.

Hidup berpoligami, kesihatan bertambah teruk akibat layanan buruk suami

Dalam pada masa yang sama, sumber lain mengatakan Afiza hidup berpoligami dengan seorang jururawat penjaga sebelum mereka bertiga tinggal di bawah satu bumbung yang sama.

puan afiza

Tidak hanya menghidap strok, malah kesihatan Afiza semakin hari semakin merosot akibat layana buruk yang diberikan oleh si suami.

wang simpanan
2025-07-31 16:55:15

“Umur 30 Tapi Simpanan RM10k Pun Tak Ada?” – Hantaran Tular, Cetus Perdebatan Hebat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...