10 Tahun Sebagai Usahawan, Vivy Yusof Luah Rasa Mahu Tulis Buku Kongsi Jatuh Bangun Berniaga

Hiburan

10 Tahun Sebagai Usahawan, Vivy Yusof Luah Rasa Mahu Tulis Buku Kongsi Jatuh Bangun Berniaga

Tak sangka dalam diam, FashionValet yang diusahakan oleh usahawan wanita terkenal iaitu Vivy Yusof sudah pun menjangkau usia 10 tahun. Cepat betul masa berlalu!

Bukan sahaja FashionValet yang mencapai perjalanan sejauh itu, namun ia juga menandakan 10 tahun Vivy bergelumang dalam dunia perniagaan bagi melunaskan impiannya itu.

Advertisement

Disebabkan oleh itu, wanita tersebut menerusi Instagram rasminya mendedahkan bahawa dia mahu menulis buku bagi merakamkan segala pembelajaran yang dilaluinya sebagai usahawan selama sedekad ini.

vivy yusof 10 tahun sebagai usahawan

“FV bakal berusia 10 tahun bulan hadapan, juga menandakan 10 tahun saya sebagai usahawan. Daripada segala pembelajaran sepanjang dekad pertama ini, saya rasa macam perlu menulis buku! Pelbagai pencapaian, pelbagai juga kesalahan, banyak kisah yang belum saya ceritakan. Keusahawanan ialah satu roller coaster dengan perjalanan naik dan turun, dan saya bakal memasuki dekad kedua perjalanan yang hebat ini. Sama-sama menempuhinya bersama saya? Bismillah!”

Dalam kapsyen tersebut juga, usahawan wanita itu turut meletakkan tanda pagar #bestjobever membuktikan bahawa pekerjaan sekarang merupakan sesuatu yang paling digemarinya.

vivy yusof 10 tahun sebagai usahawan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah di atas pencapaian ini dan bersetuju dengan cadangan Vivy supaya menulis buku agar dapat berkongsi rahsia dia mengembangkan FashionValet sehebat sekarang.

Tahniah Vivy Yusof!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...