Baru-baru ini, tular di platform TikTok seorang individu lelaki berkongsikan kisah dia dan isteri tercinta kekal tabah berkahwin sudah 10 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Berkat doa serta kesabaran mereka, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel tetapi perkara yang tidak disangkakan berlaku.
Selepas 3 bulan mereka hidup bahagia mempunyai anak sendiri, individu tersebut terpaksa lalui ujian berat selepas isteri dijemput Ilahi akibat masalah jantung.
Sebelum pergi meninggalkan keluarga kecil itu, arwah sempat mengadakan majlis aqiqah anak pertamanya itu.
Biarpun sudah beberapa bulan berlalu, si suami masih sedih atas pemergian pasangannya itu dan juga berkata akan memilih isteri untuk hidup hingga ke masa tua.
Difahamkan, bayi mereka kini sudah memasuki usia 4 bulan dan individu lelaki itu kuatkan diri menjaga anak kecil tersebut seorang diri.