Selepas sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi Nubhan dilaporkan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, permohonan pengesahan lafaz talak tersebut telah difailkan oleh Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.
Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.
Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing.
Sumber itu turut memaklumkan bahawa penyanyi dan ahli perniagaan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Afifah sejak melafazkan talak sekitar Ogos lalu.
Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya.
Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Dr. Afifah Hidayah selaku plaintif, mengesahkan anak guamnya akan hadir seperti dijadualkan bagi sebutan pertama prosiding.
Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.
Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai.
Datuk Akberdin sebelum ini pernah mewakili beberapa selebriti terkenal termasuk Puteri Sarah Liana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad, serta Harith Iskander dan bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.
Untuk rekod, Nubhan dan Afifah, yang juga seorang doktor gigi, berkahwin pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata — Aafiya (8), Ahmad Aaffan (6) dan Afzan Nayille (3).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.